Assalamualaikum..
Kalau singgah Krabi, jangan lupa cuba urutan Thailand. Macam kebanyakan spa di Malaysia pun menawarkan urutan Thai kan. Sebab mereka ni memang terkenal dengan urutan yang melegakan. Masa sampai di sekitar pantai AoNang, ramai je yang menawarkan urutan yang pelbagai. Kalau tak biasa, memang nampak macam pelik. Kenapalah ramai-ramai panggil ni.
Urut kak..Urut bang.. belum lagi Bang Nyah yang panggil. Memang macam seram juga tu. Macam Encik Hubby, dia agak jarang berurut tapi adalah sekali sekala. Lepas tu kami tengok, siapa yang ikut ke rumah urut semua tu diurut oleh wanita atau Nyah mungkin. Jadi macam was-was kan.
Rumah urut selalunya nampak tak elok. Sebab bercampur lelaki perempuan di dalamnya dan kondisi gelap. Tapi di Krabi, rumah urut macam duduk dalam akuarium. Haha...sebab dari luar boleh nampak kalau buat urutan kaki. Urutan badan memang dia bawa masuk ke dalam bilik urut.
Teringin punya pasal, kami singgah di sebuah rumah urut. Puas bercakap macam ayam itik. Encik Hubby minta tukang urut lelaki. Maklumlah, yang duduk memanggil semua perempuan. Bila di tanya, dia jawab, ada tukang urut lelaki. Jadi kami ikut sampai tangga. Sampai di tangga, disambut Kak Nyah. Terkejut lah juga. Tapi dia kata, man inside. Hahaha.
KHAOHOM MASSAGE AND BEAUTY, AONANG
Spa ni terletak di tepi Pantai Aonang. Ni ke dalam sikit belakang kedai. Tapi jangan risau, sebab semua pekerja akan duduk di tepi jalan yang ramai pejalan kaki. Spa ni pun mementingkan kebersihan. Sebelum mula urut, dia basuh kan kaki. Macam puteri.. hahaha.. Untuk urutan kaki, cuma di sebelah luar ni dengan cermin gelap. Urutan kaki (foot massage) mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 1 jam. Bagitaulah berapa lama nak urut. Untuk setengah jam 200 bath. Lebih kurang RM20. Murahkan. Lynda cuma buat urutan kaki sementara encik Hubby buat urutan badan. Harga urutan badan 450 bath. RM45 lebih kurang. Dan dibawa ke dalam bilik bertutup dan diurut oleh lelaki.
Difahamkan juga, cuma spa ini menyediakan tukang urut lelaki untuk urutan lelaki. Sebab kebetulan nak balik tu, ada regular customer orang Malaysia datang dan nak tempah slot untuk bapa dia. Dia dengan ramahnya beritahu, kalau datang Krabi memang urut kat sini untuk lelaki. Senang. Terjaga batas aurat dan sentuhan tu.
Bila tanya Encik Hubby, dia kata, memang tukang urut tu kuat dan bertenaga. Memang dilatih dan lega sebab akhirnya kami pilih untuk buat urutan pula bila ke Krabi. Kak Nyah yang muncul masa mula-mula tadi pun tak jenguk masa Lynda urut dan Encik Hubby urut. Dia fahamlah sensitiviti kita.
Jadi, selain Island Hopping dan makan, inilah aktiviti yang boleh buat kat Krabi. Murahpun ye. Sambil bercuti dapat urut badan pula. Tu juga sebab, Lynda suka rancang percutian sendiri. Mudah nak buat apa sahaja tanpa ada jadual. Dah masuk 2019 pun. Tak abis lagi cerita Krabi. Slowlylah kan. Lepas ni nak share cerita naik gajah yang kontroversi juga kalau ke Krabi ni. Pengalaman mengajar kita kan.xoxo

Lynda Che Lah