Assalamualaikum..
Baru-baru ini Lynda diundang untuk menghadiri sebuah majlis pelancaran produk usahawan Bumiputera iaitu Al Fateh Junior yang bertempat di Royale Chulan, The Curve. Tujuan pelancaran ini adalah untuk memperkenalkan produk keluaran terbaharu oleh Syarikat Al Fateh Alami Sdn. Bhd.
AL FATEH ALAMI SDN BHD
Syarikat ini ditubuhkan oleh sepasang suami isteri yang pada mulanya, bimbang dengan tahap kesihatan anakanda sulung mereka bernama Muhammad Al Fateh. Anak kepada Tuan Ariff Bin Subri dan Puan Farah Jawahir menghidapi masalah paru-paru kerana pengambilan gula-gula yang berlebihan. Daripada situ, mereka membuat kajian dan mendapati madu dan saffron adalah makanan yang terbaik untuk kesihatan dan memberinya kepada anakanda tercinta. Dengan izin Allah, kesihatan anakanda mereka beransur baik.
Bermula daripada itu, pasangan ini telah mengeluarkan makanan tambahan untuk kesihatan berbentuk gula-gula sebab memang kanak-kanak suka gula-gula kan. Dengan hanya modal RM10,000 produk ini semakin dikenali dan diterima baik.
PELANCARAN AL FATEH JUNIOR
Al Fateh Junior merupakan produk ketiga keluaran Al Fateh Alami yang khas untuk kanak-kanak. Makanan tambahan ini dihasilkan dalam bentuk chewy jelly dan berperisa buah-buahan.
Bahan-bahan dalam Al Fateh Junior:
- Madu - agen anti bakteria dan kaya dengan Vitamin A, B-Kompleks, C, D, E dan K, Kalsium.
- Saffron - membantu penghadaman, menambah selera makan dan membantu merawat masalah perut.
- Buah delima - Kaya dengan Vitamin B, C, K dan Manganese. Membantu meningkatkan imunisasi badan, menyokong pertumbuhan tulang serta membantu tubuh memproses protein dan lemak.
- Kismis - membantu meningkatkan daya ingatan, mencerdaskan minda serta mengandungi Zat Besi, Kalsium dan Folat.
- Kuatkan daya tahan diri
- Tingkatkan daya ingatan dan hafalan
- Buka selera makan
- Tingkatkan kecerdasan otak
- Hilangkan keletihan dan kelesuan
- Tingkatkan kecerdasan fizikal
- Lancarkan peredaran darah
- Bantu sistem penghadaman dan pencernaan
MAJLIS BERLANGSUNG MERIAH
Pada majlis yang diadakan baru-baru ini, Al Fateh Alami telah melancarkan produk ini dan meraikan ejen-ejen mereka yang banyak berusaha keras dalam mengembangkan perniagaan ini dan serta mengetengahkan pelan perniagaan yang baharu mereka.
Majlis telah disempurnakan oleh Setiausaha Sulit kepada Menteri Pembangunan Usahawan, Tuan Mohamad Raduan Bin Ja'apar. Beliau menyokong penuh usaha usahawan Bumiputera serta produk IKS yang boleh diketengahkan dan mendapatkan peluang yang lebih besar dengan usahasama dan sokongan kementerian. Turut hadir adalah artis terkenal tanah air seperti Nisdawati, Ezzlyn, Maya Matahari, Yassin, Bienda, Sasha Saidin, Nora dan diacarakan oleh Maria Tunku Sabri.
Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Urusan Al Fateh Alami Sdn Bhd, Tuan Ariff Subri dan seterusnya membentangkan kejayaan yang dikecapi sepanjang tempoh 2 tahun. Kami dimaklumkan, sehingga kini, terdapat lebih 2000 ejen di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Selain itu, Al Fateh telah mempunyai lebih 11 Billboard di seluruh Malaysia. Hasil jualan terkini produk keluaran Al Fateh telah mencecah amaun RM7 juta dan dijangka meningkat sehingga hujung tahun ini.
KEMPEN BELI DAN MENANG
Sempena pelancaran ini juga, Al Fateh telah menawarkan hadiah kepada pengguna yang setia dengan menyediakan hadiah sehingga nila RM40,000 yang akan bermula daripada 15 November 2018 sehingga Februari 2019. Hadiah yang ditawarkan adalah pakej umrah untuk 2 orang dan GoldBar Al Fateh.
Dengan hanya membeli produk Al Fateh Junior dan lihat pada penutup botol bagi melihat tulisan GoldBar/Umrah. Sekiranya penutup botol mempunyai tanda ini, pengguna boleh menghantar gambar berkenaan melalui aplikasi WhatsApp ke talian 018-793 4869.
RASA SEDAP MINDA MANTAP
Hasrat pasangan ini adalah untuk menempatkan produk Al Fateh sebagai pelopor pasti halal dan berkhasiat yang pertama di Asia. Mereka akan menembusi pasaran China tahun depan serta merancang pelbagai rancangan. Selain itu, tujuan utama pasangan ini adalah membantu usahawan baru serta menyediakan bimbingan dan sokongan. Konsep pasangan ini turut menjurus kepada perkongsian ilmu dan rezeki. Sasaran utama adalah ibu tunggal atau surirumah yang ingin menambah pendapatan.
Al Fateh Junior sesuai diambil 3 biji sehari untuk kanak-kanak seawal usia 6 bulan sehingga remaja berusia 25 tahun. Semua produk Al Fateh dikilangkan oleh kilang GMP yang diiktiraf dan mendapat justifikasi Halal daripada JAKIM.
Produk ini dipasarkan secara ejen dan stokis seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Atau hubungi terus :
Hotline Al Fateh
017-625 9869
019-912 9869
Website : www.alfatehgold.com
Facebook : Al Fateh Genius Founder
Instagram : alfatehgeniusofficialhq
Lynda Che Lah