Assalamualaikum..
Anak taknak makan sayur ni masalah utama dalam membesarkan anak-anak kan..Hehe..Lynda pun hadapi masalah yang sama bila anak-anak taknak makan sayur. Sedangkan kita tahu khasiat dalam sayuran yang boleh membantu dalam kesihatan dan tumbesaran anak kita. Kadang-kadang pelik kan, macam manalah mereka boleh asingkan sayur yang kita dah campurkan dalam suapan nasi tu. Elok je keluar balik sebiji macam tu.
SURYA KLOROFIL PERISA LAICI
Lynda diperkenalkan kepada satu produk berasaskan klorofil tetapi mempunyai rasa laici dan berwarna hijau. Hehe. Nampak pelik tapi rasa minuman ni memang rasa laici. Ada 2 perisa sebenarnya iaitu laici dan peach. Tapi anak-anak suka laici jadi kita cuba.
Surya Klorofil ini diperbuat daripada klorofil yang terdapat daripada daun pokok mulberi. Ala, pokok yang mak-mak kita tanam sekarang tu. Dan pokok mulberi ni sebenarnya bebas daripada semburan racun perosak. Jadi esktrak yang didapati daripada daun ini mempunyai khasiat yang pelbagai.KHASIAT KLOROFIL
- Membantu mencantikkan kulit dan merawat kulit kusam dan berjerawat.
- Membantu menghilangkan bau badan dan nafas berbau.
- Sesuai sebagai penganti sayuran bagi yang tidak makan sayur.
- Memperbaiki sistem pencernaan dan penghadaman.
- Mempercepatkan penyembuhan luka.
- Dipercayai dapat membantu merawat kanser.
CARA BANCUHAN
Hanya tambah 120ml air dengan 25ml pati klorofil dan sedia diminum. Tiada had juga sebenarnya nak minum. Boleh dihidangkan kepada anak-anak dan orang dewasa yang ingin mendapatkan khasiat seperti yang Lynda kongsikan. Rasa laici tu ada. Jadi takdelah rasa macam sayur. Kiranya, ini menarik minat anak untuk minum dan mendapatkan khasiat sayuran tu.
25ml klorofil (satu penutup) bersamaan dengan 4.7kg bayam! Banyakkan khasiat yang dapat dengan satu penutup. Kalau minum selalu, banyak khasiat yang kita dapat. Anak-anak apatah lagi kan. Lynda pun sedang amalkan sebab nak cantikkan kulit lagi. Alhamdulillah. Kena konsisten lah kan.
PRODUK TERBAIK
Produk ini telah mendapat pengiktirafan HALAL, GMP, HACCP & BioNexus Certified. Produk ini juga tidak menggunakan bahan pengawet. Boleh didapati di Watson dan portal online seperti www.mynaturaloption.com
Untuk keterangan lanjut boleh ke sosial media Surya Malaysia.
FB : Surya Malaysia
IG : Surya Malaysia
Lynda Che Lah