Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Bercuti Ke Krabi ~ Mudah Mencari Makanan Halal di Krabi

$
0
0
Assalamualaikum....
Ampun maaf dipinta sebab sekali lagi delay kisah travel Lynda. Entahlah.. Kadang-kadang idea mencurah-curah tapi masa cemburu pula. Balik kerja dah penat mana urus rumah dan anak-anak, malam mata pun cepat mengantuk. Yang cuba Lynda cepatkan adalah entri kerja yang mana atas permintaan. Tu kena ikut deadline. Tapi kalau entri personal, memang kena cari masa sesuai.

Sambung tentang kisah Krabi September 2018 yang lalu. Kenapa kami masih pilih ke Thailand? Sebab utama adalah senang dapat makanan Halal. Krabi antara daerah di Thailand yang ramai penduduk Muslim. Tapi kena tahu nak ke mana ye. Kali ni kami ke Aonang. Kat sini memang ada penduduk Islam. Di Koh Lanta pun ramai penduduk Islam. Insha Allah, satu hari nanti ke Koh Lanta pula.

MASJID AO NANG, KRABI
Cara mudah nak cari makanan Halal di negara orang adalah cari Masjid. Kalau jumpa Masjid, memang ramailah penduduk Islam yang berniaga di situ. Kami di Aonang, cari Masjid AoNang. Tersergam indah di tepi pantai Aonang. Besar dan nyaman. Alhamdulillah. Dapat menunaikan solat di sini. Rezeki tengok negara orang dan senibina ni. Masjid di sini sentiasa dibuka untuk musafir macam kita dan dijaga bersih.

Semua gambar ada yang Encik Hubby ambil. Buat kenangan kami pernah solat di sini. Qoid pun beria tanya. Nak merasa solat kat sini. Tengok kolah ni teringat dulu Qoid kecil-kecil sibuk kami cari kolah masjid nak mandikan dia.. Ha...ni tak pernah cerita. Hehe..

Berdekatan masjid ini, banyak kedai makan Muslim dan gerai-gerai kecil. Nak cari banana pancake pun semua kat sini. Dan tambah senang hati, sebab ada peniaga yang boleh cakap Melayu. Dialek Kelate. Rezeki kamilah setiap kali ke Thailand, ada orang yang pandai cakap Melayu. Kalau tak pandai cakap pun, cubalah berbahasa Inggeris atau kalau mereka tak faham langsung, gunakan je lah bahasa isyarat. Mudah.

SAREEFAH HALAL FOOD, AONANG
Selama 3 hari di Aonang, kami makan di kedai yang sama. Iaitu Sareefah Halal Food. Senang sebab kakak tu cakap Melayu. Selesai masalah. Dan yang penting kalau ke Thailand, tolonglah cuba minum air sirap Thailand. Haha.. Sebab kami dah tersampuk sirap Thailand masa ke Phuket dulu. Dan datang ke Krabi, order sirap Thailand dan rasanya masih sama. Lain daripada sirap Malaysia. Nak tahu apa yang lain, korang kena cuba.
Harga makanan adalah berpatutan. Satu hidangan kecil dalam 200-250Baht. Macam kami makan ikan siakap 3 rasa tu, 350Bath. Murah dan sedap. Ikan segar. Siap kami tapau buat makan kat hotel sebab malam tak keluar dah. Dan kalau makan kentang goreng atau ayam goreng, mereka bagi satu bakul sos ni. Tak kedekut langsung tapi kita pun makan agak-agaklah kan. Jangan membazir. Boleh duduk lama nikmati makan tengah hari. 

AONANG STREET FOOD
Kalau bajet kurang, ada juga street food macam banana pancake, pulut mangga, nasi goreng dan pad thai. Masakan panas semua ada. Ni ada di sekitar pantai Ao Nang. Dan yang penting, Halal. Kena pandai pilih ye. Tapi mudah je. Sebab Muslim bertudung kan. Ni bagi yang nak jimat dari segi makanan. Bolehlah nak bungkus bawa balik ke hotel atau makan tepi laut.

Jadi, datang ke Krabi. Insha Allah takde masalah nak makan. Yang penting cari kedai yang Halal, cari penempatan Muslim. Dan untuk makluman, kedai makanan segera macam McD ada yang tak Halal. Tapi kami tak masuk pun ke McD sebab nak makan makanan Thai je kan. Lagipun duduk kat Alisea tu, memang makan je lah kerjanya sebab tak abis berendam. Tapi siapa boleh tolak makanan Thailand kan? 

Lepas ni Insha Allah, nak cerita aktiviti di sekitar AoNang. Dan kenapa bila pilih hotel kena tengok location betul-betul. Sebab AoNang Beach ni sepanjang-panjang pantai ye. Penat juga nak menapak tu kalau dari satu tempat ke tempat lain. Memang kena sewa motosikal juga. xoxo

Lynda Che Lah





Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles