Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Cara Permohonan ke Pra Sekolah

$
0
0
Assalamualaikum...

Baru berkesempatan menulis di 2019. Banyak yang jadi di awal tahun ni dan di penghujung tahun 2018. Banyak untuk dikenang. Nanti lepas ni Lynda ada banyak masa nak share. Insha Allah. 


PERMOHONAN KE PRA SEKOLAH
Ramai bertanya, macam mana nak mohon ke pra sekolah. Kenapa pilih pra sekolah? Senangnya Lynda dapat pra sekolah. Lynda nak share apa yang Lynda buat sepanjang menguruskan dua anak yang dapat ke pra sekolah.

BUAT PILIHAN PRA SEKOLAH
Mula-mula sekali, pilih pra sekolah mana yang korang nak. Macam Lynda, Lynda pilih yang berdekatan dengan rumah. Di kawasan rumah, ada 2 sekolah yang menawarkan pra sekolah. 1 sekolah dengan 1 kelas pra sekolah manakala 1 sekolah lagi dengan 2 kelas pra sekolah. Kepadatan penduduk pun kena ambil kira. Jadi, kalau nak mudah dapat pra sekolah, buat pilihan tepat. Kalau kepadatan di tempat korang tinggal agak tinggi, beralih ke sekolah lain yang berkepadatan rendah. Terpulang nak dekat dari rumah ke atau yang dekat dengan tempat kerja.

LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Seterusnya, kena aware dengan website MOE. Tapi untuk pra sekolah ada website sendiri. Korang boleh ke eprasekolah.moe.gov.my. Kebiasaannya, website ni boleh diakses pada bulan Mac. Yang penting, kena daftar sebagai ibubapa. Dan lepas tu boleh terus daftarkan anak-anak. Walaupun dah mendaftar secara online, kita masih perlu hantar segala butiran secara bercetak kes sekolah yang dipilih. Ni korang akan uruskan lepas mendaftar online.

Masa mendaftar, isi dengan lengkap dan patuhi checklist yang diperlukan. Ramai juga mengeluh kadang-kadang, susahlah nak dapat. Semua bergantung kepada kekosongan tempat. Mungkin, kuota diberi kepada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana. Bila masih ada kuota, Insha Allah akan diberi kepada mereka yang layak juga. Tapi sebenarnya, mudah juga nak dapat. Sebab setiap sekolah ada sekurang-kurangnya 1 kelas yang boleh memuatkan sehingga kira-kira 25 ke 30 orang murid. Jadi, cubalah.


SISTEM PEMBELAJARAN DI PRA SEKOLAH
Lynda ada pengalaman hantar Qoid ke sebuah sekolah tadika berbayar. 2 tahun Qoid di situ. Sistem pembelajaran lebih kepada Bahasa Inggeris dan Islam. Bagus. Tapi, sistem pembelajaran Malaysia ni berorientasikan Bahasa Melayu dan kemampuan membaca, menulis dan mengira. Itu biasa. Jadi, untuk membiasakan Qoid dengan alam persekolahan, Lynda hantar dia ke Pra Sekolah untuk bergaul dan adapt dengan persekitaran sekolah.

Pra Sekolah akan terlibat secara langsung dengan aktiviti sekolah rendah sepanjang tahun. Contohnya, perhimpunan pagi, hari sukan, hari kanak-kanak dan hari anugerah. Jadi mereka terdedah sepenuhnya dengan aktiviti sekolah. Jadi, persediaan ni sebenarnya untuk memudahkan anak memasuki Darjah 1 dengan mudah. Sebab dia dah bersedia awal.

Alhamdulillah, waktu Qoid Darjah 1, tiada drama airmata, sebab dia dah biasa dengan suasana tu. Sebab sekolah rendah kan ramai. Ada Darjah 2 sampai Darjah 6. Silibus pun menjurus ke arah persediaan Darjah 1. Cikgu yang mengajar pun guru lantikan KPM. Mudahlah untuk anak-anak.

Tapi semua pun terpulang kepada pilihan ibu bapa. Setiap satu benda tu ada pro dan kontra kan. Jadi buatlah pilihan yang terbaik. Anak-anak ni kan macam kain putih. Kita boleh bantu mencoraknya. Tapi tetap juga perlu tahu tahap kemampuan dan kebolehan anak kita. Konsep kami suami isteri, Qoid dan Qhalif boleh buat pilihan apa mereka nak buat dan belajar. Jadi, kita bimbing dan mudahkan.


Untuk ibu bapa yang berminat nak apply untuk Pra Sekolah ni, jangan lupa tarikh 1 Mac nanti. Tanda kat kalendar ke. Nanti boleh terus masuk website dan daftar untuk anak-anak. Selamat mencuba!xoxo


Lynda Che Lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles