Assalamualaikum..
Bio Oil dan parut atau strechmark memang sinonim kan. Macam Lynda ada parut pembedahan, memang percaya dengan keberkesanan Bio Oil dalam membantu menyamarkan dan menghilangkan parut. Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark.
Menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri, kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.
Kempen #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri.
"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran."
Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.
Beberapa orang wanita luarbiasa Malaysia pun merupakan pengguna setia Bio Oil berkongsi tentang keyakinan dan kejayaan mereka.
"Ketahui nilai diri anda; apa yang anda ada dan apa yang anda perjuangkan. Tahu apa yang anda mahu, tahu bagaimana anda akan mencapai matlamat anda (tidak ada matlamat yang terlalu kecil!), dan bila anda akan mencapainya. Pengurusan masa sudah pasti menjadi cabaran terbesar sekarang. Menjadi ibu bekerja (seorang anak berusia dua tahun setengah dan mengandung 7 bulan), saya perlu menguruskan masa saya dengan betul supaya saya dapat menjaga mereka yang paling saya sayangi. Mempunyai jadual yang dapat saya ikuti membantu. Mengutamakan yang penting, mempunyai sistem sokongan yang kuat, dan jumlah masa yang tepat untuk diri sendiri adalah kunci dalam menghadapi cabaran pengurusan masa.
Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual yang perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya dan biarkan ia menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya untuk menghindari kesan regangan, sebagai langkah pencegahan untuk mengelak tanda regangan. Ia melembap dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. - Elaine Daly, Pelakon, Hos TV, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia Organization, Pengarah Saluran www.hurr.tv
![]()
"Adalah penting untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari sisi positif setiap perkara. Kehidupan adalah sukar secara sedia ada; kita tidak boleh membiarkan pemikiran negatif membawa kita ke bawah. Akan ada hari-hari yang akan membuat anda berasa seperti ingin menyerah kalah. Jadilah kuat dan ingat bahawa pasti ada sinar cahaya dipenghujung terowong paling gelap. Membesarkan empat orang anak adalah perkara paling sukar yang pernah saya lakukan. Perancangan dan pengurusan masa yang baik adalah perkara yang paling penting untuk membantu saya melalui masa yang sukar.
Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama boleh. Ia membantu dengan masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dalam kulit saya sendiri!- Madam Molly Khoo, PengasasHeritage Village Restaurant
"Jangan sekali-kali memandang rendah kuasa kepercayaan diri dan berfikiran positif. Jika anda memanfaatkan minda yang positif, menakluki segala keraguan, ketakutan dan benar-benar percaya kepada diri sendiri dan keupayaan anda, anda boleh berbuat apa saja! Hanya ingat bahawa apa saja kesusahan yang mungkin hadapi adalah untuk membantu anda belajar, berkembang dan akhirnya mencapai kejayaan yang sebenar. Jadi jangan menyerah! Teruskan bekerja keras, bertahan dan jangan pedulikan pengkritik dan tidak lama lagi impian anda akan menjadi kenyataan.
Saya sendiri telah bergelut dengan keyakinan diri dan rasa tidak puas hati dengan keupayaan saya, merasakan diri tidak layak terutama sebagai usahawan kali pertama dalam industri teknologi yang dikuasai lelaki. Tetapi apabila saya mengubah set minda saya, menguatkan keyakinan dalam diri saya dan mengambil tanggungjawab untuk kejayaan saya, saya tidak lagi rasa takut. Saya tahu saya mampu menakluk setiap cabaran yang mendatang. Peralihan pemikiran boleh melakukan keajaiban dalam menjadikan diri anda benar-benar bergemerlapan.
Saya menggunakan Bio-Oil sebagai pelembap badan kerana ia membantu melembabkan kulit kering dan memastikan tona kulit saya sekata. Saya suka bagaimana ia adalah jenama yang sangat baik yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri! "-Jesrina Arshad, Pengasas & CEO of PurelyB
"Membuat penghijrahan dari dunia korporat ke perniagaan, mereka pakaian sukan saya sendiri dan membina jenama sendiri dari bawah merubah kehidupan saya dan memberi saya banyak pengajaran.
Pengajaran paling penting saya pelajari ialah setiap seorang daripada kita mesti mempunyai keberanian untuk mengejar impian kita tanpa rasa takut. Ini boleh menjadi sesuatu menakutkan kerana kadang-kadang, impian kita begitu besar dan luar biasa. Saranan saya adalah untuk mengambil impian anda dan memecahkannya kepada tugasan kecil. Sedikit demi sedikit, anda ambil langkah-langkah untuk menuju ke tempat yang anda inginkan.
Pengajaran kedua yang saya pelajari ialah kegagalan adalah perkara yang baik. Apabila saya membuat keputusan bahawa saya mahu mencipta pakaian sukan yang paling cantik di dunia, saya tidak tahu apa yang saya lakukan. Saya gagal berkali-kali. Tidak lama kemudian saya sedari bahawa kegagalan adalah sesuatu yang hebat, kerana selepas setiap kegagalan, saya belajar dan saya menjadi lebih baik. Setiap kegagalan telah menjadi satu langkah ke hadapan.
Bio Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua! "-Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel
Jom sertai Kempen #makeyourmark #iamremarkable untuk membina keyakinan, tampil sihat dan cantik, berjaya dan menjadi wanita terbaik untuk keluarga dan membantu masyarakat dan wanita lain. xoxo
Lynda Che Lah
Mengenai Bio-Oil
Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.
Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.