Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all 159 articles
Browse latest View live

Persiapan Sekolah Qoid Darjah 2

$
0
0
Assalamualaikum..

Dah mula persekolahan sesi 2018. Tahun ni Qoid darjah 2. Qhalif dah 4 tahun. Plan asal nak hantar Qhalif ke playschool tapi ditangguhkan. Persiapan Qoid tahun ni biasa saje. Macam tahun sebelum ni. Ibu Ayah je yang excited kan.

BUKU SEKOLAH
Ke kedai buku sekolah masa cuti hari tu. Beli buku tulis je dan lencana sekolah untuk baju kan. Jumlah keseluruhan RM23.40. Tu pun buku latihan tahun lepas banyak lagi. Jadi tahun depan dah boleh kurangkan lagi duit buku..hehe. Zaman sekarang buku aktiviti diberi dan ditaja pihak sekolah. Jadi kalau ada buku tambahan boleh dibeli di luar sekolah. Untuk latih tubi di rumah.


ALAT TULIS
Kerana tahun lepas seksa sungguh membalut buku maka tahun ni ambil langkah proaktif beli pembalut buku plastik ni. Tapi buku teks tak dapat lagi, so tak pasti ok ke tak. Pembalut buku latihan tu besar sikit, so kena stapler kan bahagian belakang. Anak lelaki kan. Kalau tidak tolong jaga kan. Cukup setengah tahun lunyai dah buku tu. Kulit dah kemana..hehe. Pensil pun beli berkotak-kotak almaklum bakal hilang atau cicir dalam tempoh 2 3 hari lagi. Beli sekotak tu RM2.50. Oklah kan. Pensil warna tu RM5.50 memang kena beli selalu. Mungkin sebulan 1.

BAJU DAN KASUT SEKOLAH
Qoid tak membesar sangat pun. Jadi baju sekolah Lynda beli tambahan 2 pasang je. Baju tahun lepas 2 pasang masih elok. Baju putih rendam dengan sabun bagi nampak bersih. Dan masih muat. Total beli baju jenama Canggih 2 pasang termasuk singlet dan stokin dalam RM155.
Kasut sekolah pun tak beli. Tahun lepas beli 2 pasang. Lepas tu pertengahan tahun hilang sebelah. So beli baru dah. Masih elok yang beli baru tu. Tunggu pertengahan Mac atau Jun ke baru kita beli kasut baru lagi. Anak lelaki juga kalau pakai cukup 2 hari dah kena tukar kasut baru.

BEG SEKOLAH
Beg sekolah tahun lepas beli jenama Tropicana Life RM70. Beg zaman ayah ibu sekolah. Dan beg tu masih elok lagi. Zip tak rosak, takda koyak dan masih cantik. Cuma comot sikit maklum juga anak lelaki. Rendam dan basuh dah jadi macam baru balik. Kain kualiti tinggi. So, tahun ni  tak beli beg sekolah. Kebetulan kalau rosak beg ni, Encik Hubby dapat satu beg hari tu. Memang simpan untuk Qoid pakai.

NAMA DAN STICKER
Tahun lepas Lynda rajin buat sticker untuk lekat pada setiap barang Qoid. Untuk pensil dan lain-lain. Tahun ni tak buat. Cuma untuk pensil dan pensil warna, ambil pisau dan toreh je sikit hujung. Lepas tu inform Qoid. Kalau jatuh, tengok belakang pensil tu. Maknanya tu Qoid punya. Ini adalah perkara biasa sepanjang Darjah 1 dulu. Taktahu tahun ni macam mana. Harapnya, lebih berhati-hati dan belajar dari tahun lalu. Nama di buku latihan tulis tangan je. Sebab tak banyak sangat. Cuma memang kena print nama nak lekat pada buku teks dan buku aktiviti. Ni tunggu buku dapat juga.

Kembali kepada rutin biasa. Bangun lebih awal dan tunggu Qoid bersiap. Waktu rehat tengah hari ambil dia dari sekolah, siapkan untuk makan tengah hari dan hantar ke rumah nenek mengaji. Tahun ni darjah 2 start tuisyen seminggu sekali untuk subjek Matematik. Kalau Ibu Ayah ajar terjerit macam Tarzan tak mendatangkan kesan pun, so pergilah belajar dengan cikgu. Seminggu sekali oklah. Tukar suasana belajar juga. Semoga tahun ni lebih fokus dan dipermudahkan.xoxo

Lynda Che Lah 



Qhalif Umar ~ 3 Tahun 10 Bulan

$
0
0
Assalamualaikum..
Setiap kali tulis blog, Qhalif akan mengendeng dan tanya. Asyik gambar abang je..hehe. Sebab setakat ni fokus dekat abang la kan. Ok ni untuk Qhalif.

Di umur ni, Qhalif menunjukkan kematangan yang berbeza berbanding dengan abang dulu. Memang kebanyakan post tentang Qhalif akan mentioned yang dia lebih dewasa dari segi percakapan dan pemikiran. Mungkin sebab dikelilingi orang yang lebih tua daripada dia kot.

PENGHIBUR TOKAYAH
Ayah Lynda dah pencen hampir setengah tahun. Setiap pagi ada di rumah. Dan penemannya tentulah Qhalif. Dia je lah yang buat rumah riuh. Bergusti dan berlawan dengan TokAyah. Berlawan cakap juga sebab dia memang petah. Semua pun seronok layan dia cakap. Tapi kalau dah bercakap tak henti pula. Macam-macam soalan ditanya dan macam-macam juga jawapan diberi.

FREE DIAPERS
Ini lambat daripada abang. Sebab dia terkenal manja juga. Susah nak ajar dia free diapers. Tapi Alhamdulillah, lepas pujuk nak hantar ke sekolah, Qhalif dah mula nak belajar free diapers. Semuanya bermula masa Lynda ambil cuti masa Krismas lepas. Ada di rumah dan suruh Qhalif pakai seluar dalam dan seluar. Masa mula-mula boleh dikatakan setiap 5 minit nak pergi kencing. Tapi lepas 2 3 hari dah ok. Boleh tahan lama sikit. Bila nak kencing, dia jerit! Ibu! Nak kencing dan terus berlari ke bilik air. Pandai pam sendiri dan cuci sendiri. Yang tak free lagi masa nak buang air besar. Takpe. Slow and steady.

MAT HENSEM
Hehe.. memang Mat Hensem sebab bila nak keluar mesti nak pakai minyak rambut. Pandai bergaya depan cermin. Marah kalau abang sengaja nak usik rambut dia. Kalau bersiap dengan 3 lelaki kat rumah ni dorang yang conquer cermin meja solek sebab semua sibuk setting rambut..hahaha.. Sepanjang berjalan seharian tu, memang jaga betul rambut dia. Terpacak je..
MENGGARU BILA KENA MARAH
Ini satu yang pelik. Qhalif seorang yang sentiasa alert dengan situasi. Kalau abang kena marah atau ditegur, dia akan ambil langkah berjaga-jaga dengan diam dan memerhati. Buat baik padahal dia pun antara punca abang kena marah tu. Contohnya, berebut mainan. Dia pun apa kurangnya. Dia amat jarang kena marah sebab lepas abang kena marah, dia akan behave. Kalau masa tu belum mandi, dia sendiri akan pergi mandi tanpa disuruh atau kemas mainan tanpa sempat Ibu Ayah suruh. Tapi kadang-kadang ada juga kami marah dia. Dan kalau dia kena marah, mulalah dia menggaru sana sini. Elok je tangan tadi tak gatal habis digarunya. Sejenis `panic attack' atau pun kelakuan di luar kawalan. Haha.. Kalau tengok dia menggaru tu tahulah dia takut..hehe..

BERDIKARI
Setakat ni, pakai baju sendiri. Dia akan cuba. Kalau tak tahu baju tu nak pakai belah depan ke belakang, dia akan tanya. Tapi dia tak bagi dipakaikan. Sebab dia akan cuba pakai sendiri. Kemas barangan sendiri. Qhalif sangat menjaga barang-barang dia. Dia akan main dan kemas susun elok-elok. Boleh diharap. Suka juga tolong Onny basuh pinggan kat dapur dan basuh ikan. Cita-cita utama nak jadi `pemasak' = tukang masak..

PENJAGA DAN PELINDUNG 
Setakat yang nampak, dia lebih bersifat pelindung nak banding dengan abang. Dia akan cuba jaga abang tapi Alhamdulillah dalam masa yang sama abang memang jaga dia. Qhalif akan tanya kalau ibu sakit ke, penat ke. Dia penuh dengan soalan. Dan yang Lynda suka sangat, Qhalif pandai berterima kasih walaupun Lynda hanya tolong tuangkan air. 
Tahun ni masih tak hantar Qhalif ke playschool. Perancangan awal ada. Nantilah kita fikir-fikir lagi. Biar dia meneroka dunia dia sendiri dulu. Dan nanti kita expose pada dunia luar pula. Semoga membesar sihat dan kuat. Terus jadi macam Qhalif yang ni. Masih tidur kadang-kadang dengan menyelit antara ayah dan ibu. Tapi kalau dia tak selesa, dia kejut Ibu ajak tidur bilik dia pula..Tingtong Ibu..hehe..xoxo

Lynda Che Lah

Terdelete Entry Blog ~ Cara Nak Recover

$
0
0
Assalamualaikum...

Pernah tak korang terdelete entry blog? Yang dah post? Masa edit terdelete semua. Lepas tu tak boleh tekan undo? Ni lah yang jadi kat Lynda semalam. Entry tentang Qhalif yang Lynda dah share terdelete semua. Masa nak edit masukkan backlink pakai apps lepas tu tertekan apatah habis clear post tu. Try undo takde. T_T
Tinggal tajuk je. Entry clear. Lepas tu mengelabah tekan undo banyak kali tapi tak berhasil. Apa lagi terus Google la nak tahu boleh ke tak nak dapat balik entry tu. Takkan nak taip balik kan. Kalau taip pun memang takkan sama lah kan.


CARA NAK RECOVER
1. Masuk Google dan taip je tajuk entry tu. Ni terpakai kalau dah post ye. Kalau belum post takda record dalam Google dan mana-mana search engine. Lega bila tengok ada.

2. Lepas tu, kan ada anak panah kecil dekat<Translate This Page> tu. Korang click situ dan akan keluar perkataan cached. Click perkataan tu dan akan keluarlah post yang korang dah kongsi tu.

3. Bila dah keluar post tu secara keseluruhan, bolehlah copy paste balik dalam blogpost korang. Lepas tu pandai-pandailah edit balik masukkan gambar. Tiru je sebiji tapi pastikan korang tiru tu post korang tau. Jangan curi hasil kerja orang lain. 

Lega bila ada cara nak dapatkan balik entry tu tanpa perlu taip semula. Memang taklah kan nak taip balik. Kalau entry kerja memang kena taip balik. Tapi bila entry macam ni yang membabitkan kenangan mana boleh nak recall balik dan tulis benda sama kan. Mesti lain dari yang pertama ditulis.

Tapi janganlah terdelete lagi, rasa macam nak nangis. Takut juga nak pakai apps ni..hehe.. Tapi Lynda ada 1 apps yang best juga kalau setakat nak buat short entry melalui telefon. Sebab Lynda jenis nak taip entry kena guna PC atau laptop. Tak berapa suka guna apps di telefon. Tak puas rasa menaip di telefon. Nanti share apps tu ye. xoxo

Lynda Che Lah

Cara Mudah Baca Al Kahfi

$
0
0
Assalamualaikum..
Jumaat pertama di 2018. Cuaca mendung. Sekarang musim hujan. Dan kawasan pantai timur ada yang banjir. Semoga semua dilindungi dan dipermudahkan. Lynda ada saudara mara di Kuantan. Setakat ni tak serius tapi air penuh longkang. Cuma itulah, hujan tidak berhenti dan paras air laut tinggi. Semoga selamat semua.

Hari ni nak share sikit tentang cara mudah baca Al Kahfi. Seperti yang sedia maklum, Jumaat sinonim dengan bacaan Al Kahfi kan. Semoga kita dijauhi daripada fitnah Dajjal.
WAKTU BACA
Surah Al Kahfi dibaca bermula selepas solat Maghrib hari Khamis dan tamat sebelum solat Maghrib hari Jumaat.

BAHAGI 4
Dalam surah Al Kahfi ni sebenarnya ada 4 kisahatau penceritaan yang berlainan. Jadi boleh je kita nak pecahkan kepada 4 bahagian bacaan. Insha allah bolehlah kan habis 1 surah sehari ni.

Ayat 1-31
Ayat 1-31 berkisah tentang Ashabul Kahfi. Kisah 7 pemuda ditidurkan dengan kuasa Allah dan dibangkitkan semula selepas ribuan tahun. Ayat ni boleh kita mula baca selepas solat Maghrib hari Khamis.

Ayat 32-59
Ayat ini berkisah tentang 2 pemuda dan kebunnya. Seorang beriman dan seorang kafir. Allah uji mereka dengan kesenangan rezeki dan keimanan. Ayat ini boleh mula dibaca selepas solat Isyak hari Khamis.



Ayat 60-83
Ayat ini berkisah tentang Nabi Musa AS dan Nabi Khaidir AS. Kisah ini mengajar sikap sabar dan bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Boleh mula dibaca selepas solat Subuh pagi Jumaat.

Ayat 84-110
Ini berkisah tentang Zulkarnain. Kisah didirikan tembok untuk Yakjuj dan Makjuj. Ayat ini boleh dihabiskan selepas solat Zohor hari Jumaat.

Perkongsian ini untuk diamal oleh Lynda sendiri dan dikongsi bersama. Insha Allah semoga Allah pelihara kita semua. Kalau tak mampu, cuba dulu dengan 10 ayat pertama dan terakhir. Nanti lama-lama boleh upgrade. Kalau baca terjemahan dan kisah-kisah yang diceritakan baru rasa seronok nak mendalami kan. Jom amal dan cuba ok.xoxo

"Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah" 
HR Ad-Darimi
"Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia kan disinari cahaya di antara dua Jumaat"
HR An Nasaie & Baihaqi

Terima kasih sumber: 
puteriaza.blogspot.com
FB @susuwildanmalaysia
kisahmuslim.com
tazkirah.net

Lynda Che Lah


Beauty Jameela ~ Secantik Bidadari

$
0
0
Assalamualaikum...

Hari ni nak review 1 produk 100% buatan Muslim iaitu Beauty Jameela. Korang nak pakai Botox halal? Haha..nama je bedak botox tapi takde pun campur botox dalam tu. Dan bestnya bedak ni menutup cela. Ringan dan tidak berminyak.

SET BEAUTY JAMEELA
Set yang Lynda nak review ni terdiri daripada :

  1. Aqua Vitamin C Serum
  2. Bidadari Foundation
  3. Botox Effect Finish Compact Powder
  4. Hot & Glam Lip Matte

AQUA VITAMIN C SERUM
Serum ni berbau wangi, tidak melekit dan ada kepingan kecil seperti emas. Sangat mudah meresap. Serum memberi sumber vitamin C tambahan pada wajah dan juga bertindak sebagai pembakar lemak-lemak melalui estrak daun teh hijau di sekitar pipi dan bawah dagu. Pemakaian berterusan boleh membantu mendapatkan efek dagu runcing. Sesuailah untuk Lynda yang berpipi montel ni..hehe.. Nak runcing dagu sikit. 
Cara pemakaian: Dicalitkan di wajah dan disapu rata.
Harga : RM45

BIDADARI FOUNDATION
Lynda jenis tak pakai foundation. Tak pandai pun dan takut bercapuk. Tapi dengan tekstur ringan foundation ni, rasa macam tak pakai. Faham tak? hehe... Kalau ada jerawat atau bekas jerawat degil, boleh tutup foundation ni. Tidak berminyak dan bercapuk. Ringan dan wangi. Tiada kesan rekahan bila pakai dan yang penting mesra wudhu sebab tak payah bersusah-susah lap muka untuk solat. Yang penting ada SPF ++35.
Cara pemakaian : Dioles selepas memakai serum. Sedikit calitan di wajah dan dioles dengan span.
Harga : RM60.00


BOTOX EFFECT FINISH COMPACT POWDER
Bedak ni best. Memang ada effect Botox pun. Ringan dan tidak berminyak. Boleh pakai seharian tanpa rasa melekit dan rimas berbedak. Mesra wudhu sebab mudah dicuci. Bedak ini bertindak juga sebagai 2 way Cake Foundation dan mengandungi Minyak Argan yang membantu membaiki kulit wajah, membaiki kesan jerawat dan penuaan, melindungi dan melembutkan kulit. Mengandungi SPF ++35. Mudah dioles pada wajah. Memang pagi-pagi sebelum pergi kerja, sapu sekejap bedak ni sebab senang dan tahan sampai tengah hari tanpa berminyak. Suka!
Harga : RM70.00

HOT & GLAM LIP MATTE
Lip Matte ni pun didatangkan dalam 4 pilihan warna. Tidak meninggalkan kesan di cawan bila kita minum. Tahan lama. Ringan juga di bibir. Lynda suka juga pakai matte ni. Senang dan tidak meninggalkan kesan comot. 4 pilihan warna:
  1. Medina (Sweet Maroon)
  2. Fara  (Gorgeous Pink)
  3. Ryan (Sheer Orange) - Mine
  4. Sara (Sweet Plum)
Harga : RM65

TESTIMONIAL BEAUTY JAMEELA




Semua produk Beauty Jameela mempunyai KKM dan dibuat di kilang yang mempunyai kelulusan GMP. Dimiliki oleh Kak Niki, 100% Bumiputra Muslim. So, memang tanpa was-was. Penghasilannya bersih dan dikawal. Dan yang bestnya, Beauty Jameela suka buat promosi. Dan bagi pembaca blog Lynda ni boleh dapatkan harga istimewa dengan follow FB Beauty Jameela. Korang kena rajinlah  tengok FB ni untuk dapat tawaran harga istimewa. 


Dan yang penting, pakai produk ni boleh berjimat sebab tahan lama. Sebab tak payah susah-susah nak tutup cela dan pakai berkati-kati. Hehe.. Tesktur ringan dan bertindak menjaga kulit wajah juga. Setanding jenama antarabangsa. Yang penting produk Muslim. Lynda suka! Yang berminat boleh terus ke socmed dorang ye. Happy shopping dan jom sama-sama flawless.xoxo

FB Beauty Jameela : Beauty Jameela HQ
#beautyjameela
#bedakbotox
#bidadarifoundation
#aquavitcserum

Lynda Che Lah


Kanser ~ Bukan Pilihan

$
0
0
Assalamualaikum..

2 hari tak menulis rasanya. Sibuk di pejabat dan di rumah. Kembali uruskan persekolahan Qoid dan uruskan hal-hal berkaitan. Qoid dah start tuisyen dan training sparring. Nanti kita update. Isnin dikejutkan dengan kehilangan seorang teman pejabat. Tewas kerana kanser.
Innalillahiwainnailahirajiun. Kepada Allah juga kita kembali. Kanser satu penyakit yang menakutkan. Semua orang takut tapi kesedaran tak tinggi. Ini jelas sebab Lynda jumpa dan tengok sendiri.

TAKUT 
Sebab utama kanser dikesan bila dah tahap serius sebab takut nak pergi buat pemeriksaan. Takut nak buat Pap Smear (kanser rahim). Takut nak buat Mamogram (kanser payudara). Takut nak buat ujian untuk prostat. Takut nak buat pemeriksaan kesihatan. Tolonglah. Lynda rayu. Jangan takut. Luangkan masa untuk periksa badan anda. Kalau perasan sesuatu yang pelik pada tubuh walau sebesar guli pun, tolonglah check. Kalau keluar darah di tempat tertentu secara berkala, tolonglah juga check. Kerana keprihatinan anda pada diri anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

KIMOTERAPI
Mudah bicara bila tak hadapi kan. Tapi Lynda pernah menjaga nenek yang disahkan kanser payudara tahap 2. Dibuang payudara walaupun ketumbuhan dikesan kecil. Melihat nenek melalui tempoh kimoterapi. Kimoterapi ni masukkan ubat ke dalam sistem tubuh. Tujuan untuk bunuh sel kanser. Dan cycle yang dilalui bergantung kepada tubuh dan sel kanser untuk hilang. Lynda tengok nenek lalui. Dan tidaklah seteruk yang dibayangkan. Rambut gugur adalah kesan ubat yang dimasukkan. Batuk dan muntah serta tak selera makan adalah kesan ubat. Dan nenek bebas kanser selepas 2-3 tahun buat treatment. Dan luka pembedahan dah kering bukan bermakna kanser dah baik ye. Belum. Kanser bukan di tubuh saja tapi dalam sel badan.


FOLLOW UP
Rajin follow up jika anda disahkan kanser. Buat rawatan sepatutnya. Jika perlu bedah, sila bedah. Dan ikut nasihat doktor untuk follow up treatment. Masalah kewangan mungkin boleh jadi penghalang tapi Insha Allah akan dipermudahkan. Lengkapi diri dengan insurans dan sebagainya. Ini peringatan untuk Lynda juga. Sebab kita tak tau bila nak sakit kan. Lagi 1, boleh kita cuba rawatan alternatif tapi jangan tinggalkan nasihat doktor. Kalau tak puas hati dengan doktor ni, cari second opinion. Kalau perlu pandangan lain juga. 

BERSERAH
Kita hanya mampu merencana. Selebihnya kerja Allah jua kan. Kalau DIA berkehendak begitu, bersyukurlah kita terpilih. Ada sebab Allah uji dengan ujian berat ni. Macam yang Lynda cakap, seindah bicara. Tak lalui tak tahu kan. Tapi walau apapun kena positif. Lawan habis-habis. Jangan mengalah. Sekurang-kurangnya Allah beri peluang baiki diri. Diberi peluang dekat dengannya. Kalau tak kadang kita ni lupa kan. Lupa dengan sedikit kesenangan. Ramai pesakit kanser berjaya pulih walaupun melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Mati kan pasti. Tiada siapa pun boleh menidakkan atau menolak.  

Jangan mengalah. Ambil berat diri sendiri dan keluarga. Ambil tahu. Buang pemikiran tabu dengan perkara  mistik tahyul. Memang kita kena percaya dengan perkara ghaib sebab tu salah satu kekuasaan Allah. Tapi jangan dipinggirkan perubatan dan rawatan moden. Sayangi diri dan keluarga korang. xoxo

Lynda Che Lah

Boling Jabatan 2018

$
0
0
Assalamualaikum..
Sibuk sgt sampai terabai blog ni. Ada dekat 2 minggu tak menulis. Rinduuuuu. Selain sibuk di pejabat, sibuk dengan urusan anak-anak. Mana Qoid nak tuisyen. latihan sparring. Jadi bila balik rumah otak dah tepu dan penat nak menulis.

Di pejabat sekarang pun maklumlah kan masuk tahun baru, semua sibuk. Lagipun nak closing account. Tu yang tak boleh curi masa pun. So, semalam pun berkesempatan join pertandingan boling jabatan. Lama tak main boling sebenarnya. Tak sure ada angin ke tak.

Siap masak pagi Sabtu, drive sendiri ke Setia City Mall. Main kat Wangsa Bowl. Dalam pukul 9.45 pagi dah sampai dan tengok urusetia pun baru je uruskan pendaftaran. Jadi orang pertama daftar dengan Anne. Semangat kot..Haha...Nampak tak awal sampai sempat selfie. Padahal dah cuak ingat paling lambat.

Dalam pukul 10.15pagi macam tu, gelanggang dah penuh dan TP dah sampai. Terus buat perasmian. Masa ni, teammate Wak Said dah siap-siap pilih bola. Dan yang penting Wak Said havoc. Jumpa pun sekali sekala tapi dengan sikap dia so tak rasa janggal. Wak Said semangat waja. Dia kata kalau main kena menang. Haha.. cuak akak sebab akak tak target menang pun sebab dah lama tak main ni. Takpe, kita cuba terbaik lah. Jangan ke longkang sudah..hehe..
Teammate Lynda lelaki 2 orang. Sobri ni kenal sangat sebab kami satu kolej dulu. Satu kelas. So takde segan sangat. Tapi seganlah nak ajak wefie sebab laki orang dedua ni. So, kami main dengan semangat sesama sendiri. Saje usik-usik team sebelah menyebelah dan have fun. 

Rentak ada. Tapi sebab lama tak main tu, jadi mulalah 2nd frame dah slow sebab tangan dan kaki dan lenguh. Lupa warm up pun ye ni. So, kitorang main slow and steady je. Alhamdulillah score oklah. Takde teruk sangat. Masa ni yang paling happy Wak Said lah.. Dia kata confirm kitorang menang. Tak no 1, no 2. Haha. Takpe, semangat tu penting.

Score not bad lah. Lynda dapat total keseluruhan 336. Dan team kami menang tempat ke3. Happynya masa ni tak payah cakaplah. Sebab tak expect menang cuma main tu dengan semangat lah. Dan yang bestnya juga, sebab Wak Said ni sporting, kami dapat hadiah Team Paling Havoc. Haha.. Bayangkan Lynda Che Lah havoc! Haha..
gambar courtesy Encik Jep
Tapi seronok seriously sebab selain mengeratkan silaturrahim sesama kami dalam jabatan, dapat juga beriadah kan. Kurangkan stress sebab penat kerja tapi pastu stress sebab badan sakit-sakit..hehe.. Kali ni pergi tak bawa anak-anak, so Qhalif banyak tanya bila balik tu..

Oklah. Permulaan yang menarik 2018. Usaha tanda kejayaan kan. Haha. Walaupun hanya main boling, tapi buat apapun kena buat habis baik. Sebab bukan untuk kita je. Sebab ada orang lain mengharapkan kejayaan juga. Inilah makna kerjasama dan muafakat kan. TQ team. xoxo

Lynda Che Lah

Happy Birthday Arianna Hani

$
0
0
Assalamualaikum..
Kembali menulis. Dan memang kalau perasan entry Februari akan start untuk Arianna Hani. Sempena hari lahir dia setiap 1 Februari. Tapi hari ni lewat sgt Maklong wish.
Tahun ni dah masuk usia 9 tahun. Dan masih anak manja Maklong.Masih datang umah Maklong buka peti sejuk cari air sejuk. Dan makin besar makin bijak. Lumrahlah kan anak dara melawa je la kerjanya. Dan dia sorang je setakat ni girl. Memang dia je la yang melawa.

Selamat Hari Lahir Yana. Maklong tau Kakak dah pandai membaca. So, Maklong tulis post ni khas untuk Kakak. Semoga dipermudahkan untuk belajar dan diberkati umur. Jadi anak solehah. Beroleh rahmat dan lindunganNya. Menyenangkan hati Mama dan Papa. Terima kasih selalu ada bantu Onny jaga adik-adik. Selamat Hari Lahir.xoxo

Maklong

Bulan Sakit..Ujian Dari DIA

$
0
0
Assalamualaikum..

Lama menyepi. Ingatkan tahun baru nak fokus sehari 1 entry. Nampaknya tersasar. Ni dah masuk Februari. Apakah akan tersasar juga? Takpe, kita cuba. 
Antara sebabnya, sibuk sangat di pejabat sampai bawa balik kerja ke rumah. Sabtu Ahad pun menghadap kerja ofis. Buat juga sikit-sikit walaupun macam tak lalu dah nak hadap.
Kerja Lynda melibatkan orang awam. Wang orang awam juga. So, nak taknak kena kejar juga untuk pastikan dorang puas hati. Leceh juga nak melayan kerenah dorang sebab lepas dah bayar nak tanya dah terima ke tak. Insha Allah kalau online payment ni kalau sendiri yang bayar, no akaun dan amaun betul tak jadi masalah.

Dan lagi satu sebab... Bulan Januari adalah bulan sakit. Bermula dengan Encik Hubby. Cuaca pun tak menentu kan. Sekejap panas, sekejap hujan. Mendung dan berjerebu. Memang cuaca tak sihat. Encik Hubby start demam masa 2 minggu terakhir Januari. Dia ke Putrajaya setiap hari dengan menunggang motosikal. Jadi berhujan dan berpanas. Ntah kenapa balik tu badan rasa seram sejuk dan malam tu terus demam kuat. Dan yang memburukkan keadaan, diserang batuk. Batuk bukan sebab sejuk tapi sebab Gastrik atau GERD. Nanti kita cerita lanjut.

Lepas 2 hari MC, demam masih tak kurang. Asyik tidur je tapi tak baik. Terus Lynda ambil EL, bawa ke DEMC untuk check darah dan buat xray. Tapi Alhamdulillah keputusan ok. Jadi, teruskan MC lagi 2 hari. Dan Insha Allah, dengan rehat yang cukup tu bolehlah baik pada minggu tu.

Sepatutnya, minggu terakhir Januari ni Lynda ikut teambuilding jabatan di Bentong, Pahang. Dan boleh bawa family. Bilik dah tempah dan dah diuruskan. Tapi, hari Khamis sebelum pergi tu, Qoid balik sekolah dan demam panas. Kali ni bagi ubat pun tak surut demam. Mulut merah kurang air.

Sepanjang malam, Lynda lap dan pantau suhu. Kejap turun kejap naik. Jadi, buat keputusan untuk tak pergi ke teambuilding tu walaupun boleh bawa dorang. Kesian nanti Lynda sibuk, dan mereka terabai. Lagipun demam yang turun naik memang kena monitor. Cukup 2 har Qoid demam, Qhalif pula demam. Tapi Qhalif kalau demam dia tetap aktif. So, cepat sikit dia baik. Dan dia kuat menyusu dan minum. Jadi pantau Qhalif dalam semalam je jika nak banding dengan Qoid.

Masa demam ni lah kalau boleh kita jangan bercampur dengan orang lain. Sebab virus kan. Suami Lynda pun tak pergi kerja, Qoid pun tak ke sekolah. Doktor maklumkan, virus ni akan kekal dalam tempoh 2 minggu. Jadi, memang orang yang tinggal serumah akan kena. Janganlah pula kita bawa virus ke tempat lain contohnya ofis dan sekolah kan.
Masa ni, Lynda lah paling cergas. Tapi dorang pun makan tak selera. Jadi masak pun ala kadar. Lebihnya belikan sup tulang kat kedai tomyam yang masam-masam tu. Makanlah sama-sama. Tapi duit habis berulang ke klinik. Tapi takpe, janji semua sihat balik.

Bila tengok anak sakit macam ni, doa banyak-banyak minta Allah alihkan sakit tu kat kita kan. Tapi kalau kita sakit dorang macam mana. Jadi doa semoga Allah mudahkan semua. Mudahkan dorang sembuh, mudahkan kita yang urus ni.

Isnin baru ni, Lynda ke ofis. Tapi malam sebelum tu tetiba diserang selsema. Demam takde. Di ofis, selsema teruk tahap leleh hidung. Memang selsema macam ni yang sakit kan. Habis longlai satu badan. Sejuk semacam. Kepala berat Tapi siapkan juga kerja dan malam tu balik telan ubat yang doktor ada bagi masa berulang alik tu. Kiranya penutup la ni. Orang paling kuat konon akhirnya tumbang juga dengan virus ni. Jadi Selasa tu MC dan sambung rehat Rabu, cuti Thaipusam.
Bila sakit, banyak yang kita rasa kita hilangkan. Kita hilang senyum tawa anak-anak, gurau senda suami isteri. Hilang segala deria rasa. Allah.. Sekejapan Allah tarik nikmat sihat tu. Sekejapan juga Allah uji. Sabar dan terus sabar. Bila sebelum ni anak berlari sepahkan rumah, kita rasa geram tapi bila dorang terbaring tak bersuara kita rasa, bangunlah anak! Sunyi!

Semoga tidak alpa lah kita. Allah uji sekelip mata. Allah ambil sekelip mata. Syukur dengan apa yang ada. Kalau tak sakit, kita tak fikir macam ni kan. Jadi ada sebab Allah uji. Ada sebab Allah bagi sakit. Rupanya, kita dah menyimpang. Kita dah lupa sekejap. Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah lupa, tidak pernah tidur. Sentiasa Ada. Syukur Alhamdulillah Allah hantar `Hadiah`. Jaga diri korang. Minum air banyak. Makan buah banyak. Jaga kebersihan. xoxo

Lynda Che Lah

Kisah Sedih Anak-Anak Kita

$
0
0
Assalamualaikum..
Sejak kelmarin, kita dikejutkan dengan 2 kematian tragis 2 orang anak-anak kita. Anak-anak yang sepatutnya menjadi amanah dan tanggungjawab. Anak-anak yang meletakkan segala kepercayaan dan kesetiaan kepada kita ibubapa dan guru. 
Pemergian seorang gadis berusia 13 tahun kerana tekanan perasaan selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya. Dan gurunya bertindak di luar kewarasan seorang guru dan mendorong si gadis menjadi sangat tertekan sehingga berfikir untuk mengambil nyawa sendiri. Inilah silap masyarakat kita. Menjatuhkan hukuman bersalah walaupun tidak terbukti bersalah. Dan yang sedihnya, seorang guru. 

Cikgu,
Kami ibubapa meletakkan sepenuh kepercayaan untuk Cikgu menjaga dan membantu anak-anak kami. Tetapi tugas dan kasih guru tetap ada batasnya. Ada yang baik boleh diambil dari Cikgu tapi ada juga yang tidak. Ye, Cikgu manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Punya amarah dan ketahanan. Sayangnya salah dilampias. Dan nyawa seorang gadis yang keliru menjadi taruhan. Walau apa salah anak itu, walau apa yang berlaku sebagai guru. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana telefon bimbit boleh jadi galang gantinya nyawa? Saya harap guru itu mengambil iktibar dan juga guru-guru lain. Tugas anda masih belum boleh menjadikan anda pengganti Ibubapa atau Pendakwaraya sekalipun. Terima kasih guru-guru yang sentiasa ada untuk membantu anak-anak kami.. Tapi sekali lagi.. setiap perlakuan dan perkataan ada batasannya.



Dan perginya seorang anak perempuan sekecil 9 tahun kerana amarah seorang ayah kandung. Saya tidak boleh hadam ini. Walau apa tekanan sekalipun. Setiap orang ada tekanan masing-masing. Setiap Ibubapa ada tekanan di tempat kerja, ada tekanan hidup, ada tekanan dan kekangan kewangan. Tapi menjadikan anak sebagai `punch bag' saya masih tidak boleh hadam. Sedangkan jadikan isteri sebagai pelepas amarah pun tidak boleh diterima akal, apatah lagi seorang anak kecil. Ye, saya juga marah jika penat tapi tidaklah sehingga dicubit sehingga lebam dan dipijak sehingga terkencing. Apatah lagi segala organ dalaman rosak. Allahu.. Ayah apa ini? Ibu apa ini? Mana nilai kewarasan? Mana nilai kasih sayang?

Jiran,
Kadang-kadang, anda perlu ambil tahu. Bukan sibuk nak tahu. Ada beza antara jaga tepi kain dengan kisah hal jiran tetangga. Bila berkaitan anak-anak, tolonglah ambil peduli. Bila kisah sering dengar pertelingkahan atau pergaduhan atau tangisan, sila ambil tahu. Ambil tahu dengan jalan yang betul. Jangan sampai terlambat. Jika nampak anak jiran ponteng sekolah, cari jalan untuk berbincang dengan Ibubapa anak itu. Jangan terlambat. Sebab, segalanya yang berlalu tidak boleh dipaling semula. 



Maaf, saya bersedih. Tapi tiada kata-kata mampu menampung segala kesedihan keluarga ini. Masyarakat kena berubah juga. Bila ia melibatkan anak-anak. Semoga anak-anak kita terpelihara. Didik dengan baik.

Untuk keluarga Aina dan Priya, semoga tabah. Tidak semudah bicara. Sekurang-kurangnya anak ini di tempat paling baik sekarang. Tanpa kesakitan, tanpa penderitaan. Salam takziah. 

Lynda Che Lah

Review ~ Bercuti di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey

$
0
0
Assalamualaikum..
Pernah dengar Pulau Carey? Apa yang pertama korang bayangkan? Jauh? Takda apa.. Perkampungan orang asli. Namapun dah unik kan? Yang Lynda tahu, Pulau Carey ni terletak berhampiran Pulau Indah dan Pelabuhan Klang. Malah ada yang berpendapat, nak ke Pulau Carey macam nak ke Pulau Ketam kena naik bot tapi sebenarnya tak payah. Ke Pulau Carey ni jalan besar dan ada jambatan merentasi sungai.

Minggu lalu, Lynda diberi peluang menjejaki salah satu tempat percutian yang aman damai dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Tak payah pergi jauh. Dekat je dengan Klang. Atau pun cuma 15 minit dari Telok Panglima Garang atau Jenjarom. Dan anak-anak excited. 
Perjalanan ke Amverton Cove Golf and Resort, Pulau Carey lancar ikut Waze. Kalau korang dari luar Klang, boleh gunakan lebuhraya SKVE keluar di Telok Panglima Garang. Memang dah dekat. Kiri kanan jalan dihidangkan dengan pemandangan kelapa sawit yang terancang. Jalan besar dan cantik. Dan bila dah sampai tu, kena berhenti untuk pemeriksaan polis. Takde apa pun, sebab kita nak masuk `private property' so lapor di pondok polis dan akan diberi pas masuk. 
Amverton Cove dalam peringkat permulaan untuk pembangunan. Luas sangat kawasan ni macam satu bandaraya asing. Ada kawasan private yang didirikan banglo-banglo besar. Dan kami tiba di resort dihidangkan dengan suasana padang golf saujana mata memandang. Dan ramai orang. Ni terkejut..hehe. Sebab sunyi macam takde orang. Tapi resort ni popular di kalangan pemain golf.
Untuk post pertama ni, Lynda akan tunjuk sekeliling resort dulu. Baru nanti kita cerita tentang pakej atau aktiviti lain ok. Sebab banyak nak kongsi walaupun cuma percutian 2 hari 1 malam. Macam tak cukup masa tapi puas sebab resort ni best dan tenang.

DELUXE FAMILY ROOM
Kami dapat bilik Deluxe Family dengan pemandangan kolam. Mau tak dok diam budak-budak. Buka je langsir nampak kolam renang. Memang berzikirlah. Bilik Deluxe Family ni ada 1 katil Queen dan 2 katil single di mana sesuai untuk 2 dewasa dan 2 kanak. Tapi jangan risau, korang yang anak ramai atau nak bawa parents ke boleh request extra bed pun sebab bilik luas sangat.
 

Bilik dilengkapi TV LCD dengan 12 pilihan siaran. Tapi tak sempat tengok pun. Tea and coffee making facilities, safe box, Bathrob, Toiletries, Mini Fridge dan tuala untuk 4 orang. Semua cukup dan lengkap.  

Resort ini turut dilengkapi dengan Spa, Gym, Kids Room yang besar, ATV, Animal Land, Paddle Boat atau Kayak, Memanah, Berbasikal, Kolam Renang yang superbest sebab ada 2 gelungsur dan Baldi Air besar. Kiranya, bila duduk sini 2 hari 1 malam memang tak sempat nak habis explore pun.

SOMPOTAN SPA

KIDS FUN ZONE
RABBIT ROOM (Halal Restaurants and Cafe)
VILLA



KOLAM RENANG
Banyak nak share sebenarnya korang. Ni pun dah juling mata pilih gambar. Next post Lynda akan share aktiviti yang Lynda buat kat sini. Dan pakej yang ada kalau korang berminat nak datang. Yang penting memang berbaloi dengan terjun tiruk kat pool berkali-kali.. Haha.. ni kitorang buat 2nd day anak beranak. Memang kat sini tak sempat tengok handfon kecuali ambil gambar. Kira masa yang berkualiti dengan anak-anak di kawasan yang aman dan tenang selain dekat je. Nak tahu lagi boleh ke website Amverton Cove atau FB dorang. Boleh PM juga dorang kat FB tau. Till next post! xoxo

No Telefon : 03- 3123 3888

Lynda Che Lah

Deluxe Family Fun Package ~ Amverton Cove Serendah RM388

$
0
0
Assalamualaikum..
Ok sambung kisah semalam di Amverton. Ramai yang feedback bagitau tak pernah dengar nama Pulau Carey, ada yang tahu tapi tak terbayang tempatnya. Dan ramai yang rasa jauh dan tempat yang Lynda pergi ni cantik macam kat PD. Seriously cantik cuma takde pantai. Ada sebenarnya tapi kena masuk sampai hujung jalan which is tak sempat.

Ok, ramai yang tanya harga. Ini paling penting kan. Untuk pengetahuan korang, Amverton Cove menawarkan kadar bilik sahaja dan pakej penginapan. Harga bilik bermula dari RM298 bagi bilik Deluxe sehingga ke RM998 untuk Amverton Villa. Yang Lynda duduk adalah Deluxe (Family). Untuk bilik sahaja RM498 hari biasa dan tambahan RM100 pada hari cuti. Tapi yang berbaloi adalah dengan Pakej Deluxe Family Fun Package, harga bilik adalah RM488 dengan aktiviti menarik yang ditawarkan.
APA YANG DAPAT DENGAN PAKEJ NI?

Bilik Deluxe Family
Untuk bilik ni adalah katil Queen dan 2 single bed serta tambahan 1 lagi tilam (jika perlu) dan bilik yang mempunyai akses terus ke kolam renang. Harga bilik ni termasuk sarapan di Rabbit Room bagi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

AKTIVITI DALAM PAKEJ
Boat Ride to Animal Land
Dalam pakej ni dapat naik bot ke pulau yang menempatkan haiwan-haiwan kecil seperti rusa, kambing, kura-kura, monyet, iguana, ayam dan arnab. Dan berpeluang bagi makan. Dan mungkin juga kalau berani dapat 1beramah mesra' dengan Iguana. Tapi kami sekeluarga tak berani so tak ambil gambar pun. Staff pun ramah dan dorang bagi je kita hayati dan kenali haiwan-haiwan ni.

Paddle Boat Ride / Kayak
Siapa minat kayak, boleh buat aktiviti berkayak. Sebab kami ada anak kecil, so kami naik paddle boat je. Selama ni tak pernah naik pun. So macam excited. Dan jangan risau, sebab setiap ride yang naik ni akan diawasi dan dipantau oleh staff mereka. Sentiasa ada dan diawasi. Maklumlah kan sukan air.
Memanah
Ni satu yang tak sempat sangat nak buat. Dapat 12 anak panah dalam pakej ni. Tapi memang tak sempat pergi buat.

Akses Penuh Indoor Games
Dengan pakej ni juga, kita boleh bebas main pingpong, akses ke Kids Fun Room dan Kids FunZone, Gimnasium, Kolam Renang semestinya lah kan dan Wifi. Kalau korang nak karaoke, boleh juga. Nak berbasikal dan main ATV pun boleh. Mana sempat nak buat lah kan. 

Dan paling dinantikan, mestilah ni...Duduk dalam ni je dr lepas Asar sampai nak Maghrib. Lepas tu sambung pagi esok sampai kami late checkout pukul 1.30 petang. Memang puas sebab kolam ni tak penuh dengan orang dan dorang dapat naik gelungsur berulang kali tak terkira. Dan senang nak jaga dorang sebab betul-betul depan bilik.

Malam korang boleh order room service. Harga standard lah kan. Tapi pada Lynda ok sebab nak keluar pun sama je. Terpulang. Tapi kami malam tu, keluar JJCM ke Pekan Jenjarom. Bila lagi nak jalan tempat orang kan. Jarak dari Amverton ke Jenjarom hanya 15 minit. Dan ramai juga keluar malam tu.

SARAPAN DI RABBIT ROOM
Sarapan pagi berlatarkan padang golf. Pagi macam tu pun dah penuh orang main golf. Seronok lah tengok kereta golf lalu-lalang. Pilihan makanan standard juga dari nasi lemak, bijirin, mihun dan lain-lain sampingan, roti dan minuman serta buah-buahan. Yang penting, Rabbit Room ini diiktiraf sebagai restoran Halal.




Kalau tanya Lynda akan datang lagi tak ke Amverton, jawapannya adalah Ya. Sebab dekat, tenang dan semua ada. Takdelah bosan sangat terperap je kan. Dengan pakej yang ditawarkan tu, berbaloi. Kalau korang nak bilik saja pun boleh. Tapi apa salahnya sekali terus berbelanja dan dapat buat macam-macam aktiviti kan. Btw, Staff Amverton tiptop. Mesra cepat dan betul..hehe.. Nak tau lagi boleh ke web Amverton. Nanti Lynda cerita lagi ye. Eh..tapi cepatlah booking. Best!

No Telefon : 03- 3123 3888

Lynda Che Lah

Selamat Ulangtahun Ke 8 ~ Qoid Rafif

$
0
0
Assalamualaikum..

Dah 8 tahun dah anak kecil ni. our bundle of joy 8 tahun lalu. Ditatang bagai minyak yang penuh dan sampai sekarang begitu. Alhamdulillah dengan amanah Allah ni. Selamat Hari Lahir yang ke8, Qoid Rafif bin Zainol Ariffin.



Usia 8 tahun ni nampak ada sedikit kematangan walaupun masih kebudak-budakan. Tapi banyak benda dan perkara dia mula faham dan kalau tak faham, dia tanya. Which is good kan. Dan sebagai Ibu Ayah, kami kena bersedia dengan jawapan yang boleh dia terima dan hadam. Nampak mudah tapi sebenarnya tidak sebab soalan pun kadang bukan mudah.

Sekarang baca dah lancar, so boleh baca blog Ibu dah. Memang dedikasi untuk korang. Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan pembelajaran. Diberi kekuatan dan azam yang teguh. Berjaya hadapi persekitaran yang mencabar. Tapi memang mencabar anak-anak kita ni. Jadi Insha Allah, Ibu Ayah akan selalu ada untuk membimbing dan membantu walau kadang geram je menyakat adik. Hadiah yang diminta dah beli malam tadi. Tapi tunggu celebration baru bagi. Aci tak? Haha..xoxo
Ibu Ayah sayang Qoid. xoxo

Lynda Che Lah

Kucing ~ Pembawa Rezeki dan Pelindung

$
0
0
Assalamualaikum..

Lynda bukan orang yang suka kucing. Atau erti kata lain, takut kucing. Kenapa takut taktau..hehe.. Takut dengan kuku dan cengkaman dia. Memang menjeritlah kalau kucing memanjat kat paha kalau kat kedai makan ke atau diacah dengan kucing. Encik Hubby tau tapi memang kadang sengaja nak kenakan.

Sejak pindah ke kampung halaman balik, kami bela kucing. Itu pun kebetulan. Tak bela dalam sangkar pun. Biarlah lepas bebas dan pandailah kucing tu cari toilet. Mulanya sebab nenek dan atuk dah tak larat nak jaga kucing. Jadi kamilah ambil buat peneman je dan jaga rumah. Banyak juga jasa kucing-kucing ni.
Kalau balik dari mana-mana dah mengendeng semua minta makan. Kalau ikut yang sihat dan berjaya diselamatkan masa mula-mula ada 3 ekor. Tapi 2 ekor pandai sangat masuk bawah kereta ikut TokAyah pergi kerja. Sudahnya entah mana cicir. Jadi tinggallah si Putih seekor. Ni lah yang dijaga termasuk si ibu tua. Putih ni memang dari kecil manja. 

Dan yang penting kebersihan terjaga walaupun buang air tu depan rumah. Tapi berkambus. Kadang petang bersihkan buang dalam longkang atau atas tanah. Kurangkan bau padahal kami dah imun kot bau dia kan.. Tapi bersihkan juga sebab kalau ditiup angin semerbak juga.

Alhamdulillah. Kami sentiasa bagi makan. Kebetulan ada rezeki lebih, kongsilah apa yang ada. Tetap yakin dan percaya, berbuat baik dan beri makan kepada binatang kesayangan Rasulullah ni akan membawa keberkatan. Cukup sentiasa Insha Allah.
Disamping tu, kucing-kucing ni tangkap cicak dan katak. Hehe.. kadang pagi buka pintu, tengok bangkai katak atau cicak depan rumah. Baguslah kan. Dan baru ni, Putih berjaya halang ular dari masuk rumah. Kebetulan kami balik ambil Qoid dari trainning taekwondo. Dalam pukul 10 malam macam tu. Tengok Putih tengah jalan merenung sesuatu. Encik Hubby turun kereta nak halau Putih ke tepi. Tapi nampak benda hitam. Dan diamati, rupanya ular. Dok diperhati oleh Putih. Tapi ular tu TokAyah yang bunuh sambil Putih berjaga. Alhamdulillah. Pelindung kami.



Kalau kami keluar berjalan ke rumah nenek atau Mama, akan menurutlah sekali langkah kami. Rasa selamat juga kan sebab kucing ni alert. Encik Hubby paling sayang. Sebab dia memang tukang rawat, tukang belai dan tukang bagi makan. Si Belang dari mata tertutup dirawat sampai elok mata cuma buta sebelah. Sayangnya Belang hilang rasanya dimakan anjing. Kecil lagi tak pandai jaga diri.
Dan sekarang, Putih sakit. Tak tahu kenapa. Duduk je depan rumah dan kadang-kadang duduk menyorok belakang rumah Atuk. Taknak makan. Taktahu sakit apa. Sedang dirawat dan kami tukar makanan. Tengoklah. Harap sihatlah balik sebab Putih lincah dan aktif. Semoga Allah pulihkan balik Putih. Kesian pula tengok. Lain kali ada rezeki, bertambahlah kucing-kucing ni. Selagi tak menyusahkan jiran tetangga dan mengganggu dengan bau-bauannya, kita jaga dan belalah kan. Tapi dalam masa yang sama jaga kebersihan dan sensiviti juga. Berbuat amal sesama makhluk Allah..xoxo

Lynda Che Lah

Bermain Lego ~ Hobi Qoid dan Qhalif

$
0
0
Assalamualaikum..

Anak-anak dan lego macam ada satu `chemistry'kan? Budak-budak memang suka main lego dan permainan ni membantu perkembangan mereka. Sebab secara semulajadi anak-anak ini ada daya imaginasi sendiri. Buat roketlah, buat kereta terbanglah. Macam-macam. Kadang-kadang kalau mereka berimaginasi tu, Lynda pun tak faham mereka reka apa. Tapi kalau tanya, akan ada penjelasan dari mereka.


JENIS LEGO DAN WARNA
Lego mereka ni ada pelbagai jenis. Dari sekecil-kecil saiz miniture ke sebesar bongkah yang boleh disusun. Boleh dikatakan kebanyakan laci dan almari alat mainan mereka penuh dengan lego. Masa mula-mula beli eloklah terjaga siap dengan booklet tu kan. Tapi bila dah lama dan bosan, mereka kreatif cipta miniture sendiri. Dari segi warna pun pelbagai di mana boleh meransang otak dan mata mengenali pelbagai jenis warna. Jenis juga dari segi jenama adalah Lego sendiri atau jenama lain. Tapi kalau ikut pengalaman, jenama Lego memang berkualiti dan tidak mudah tanggal. 
UMUR SESUAI MAIN LEGO
Anak-anak kalau dengan lego memang boleh leka. Umur yang sesuai pada Lynda adalah selepas 3 tahun. Sebab masa ni, mereka tidak lagi berminat dengan benda yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau rongga lain. Kiranya, tak sesuai ye bagi anak bawah 2 tahun main lego. Sebab bahaya untuk anak ini terutama lego bersaiz kecil. Kalau bongkah besar sepatutnya tiada masalah. 

MELATIH MOTOR HALUS DAN DAYA FIKIR
Main lego ni menggunakan tangan kan. Dan jari-jari halus anak-anak. Dalam masa yang sama, ia melatih motor halus anak-anak ini untuk bergerak dan digerakkan. Sama macam menulis. Mereka akan merangsang deria rasa jari dan tahu macam mana nak gerakkan atau alihkan bongkah dan miniture. Bila bosan dengan rekaan biasa lego, mereka akan meransang daya fikir untuk berimaginasi dan mencipta. Jadi akan tercipta kereta terbang, kereta kebal, pedang dan perisai. Macam-macamlah yang mereka dapat buat hanya dengan bongkah kecil ni.

NILAI TANGGUNGJAWAB
Dalam masa yang sama, kita mengajar mereka tanggungjawab untuk menjaga bongkah-bongkah kecil ni, belajar menyusun dan akhirnya lepas main mengemas kembali lego ni. Kalau tak kemas, terpijak sakit oi! Haha. Tapi memang lepas main, kami akan pastikan mereka kemas balik dan bersihkan kawasan. Kalau ada lego yang pecah dan patah, buang je terus. Supaya tidak membahayakan dan mencederakan. Tetapi dalam masa yang sama kena ada pemantauan juga. Maklumlah, anak-anak ni bila main berdua kadang dia bergurau sesama sendiri. Mungkin kalau terlepas pandang boleh mendatangkan mudarat kan.

Jadi, kami memang tak kisah pun kalau minat mereka ni macam ni. Kadang bila keluar tu teringat dan ternampak lego yang unik sikit ke kami belikan. Nanti pandailah mereka ni rekacipta dan berkongsi. Nilai berkongsi ni pun penting sebab ada bongkah tu satu jelah yang ada. So kita tengok siapa yang beralah dan mengalah. Hehe. Semua benda yang anak-anak buat ni adalah proses pembelajaran. Sebagai Ibu Ayah, kita sokong dan bantu mana boleh kan. xoxo

Lynda Che Lah 


Tanda Allah Sayang

$
0
0
Assalamualaikum..

Macam-macam cara Allah tunjuk dia sayangkan. Dapat bernafas dengan baik, dapat pergi kerja pun tanda Allah sayang. Betapa tiada syarat Allah sayang ni. Yang penting, buat suruhanNya, ikut perintahNya.. Semua Insha Allah cukup. Kalau tak buat sangat pun Allah masih sayang. Sebab apa, Dia tahu hati kita.
Allah bagi segala kesenangan untuk menguji juga. Menguji sejauh mana kita mampu menghadapi kesenangan tu. Riak dan kufur ke. Bersyukur tak. Gembira dan berkongsi tak. Atau terus hanyut. Takut sebenarnya dengan kesenangan ni juga kan. Manusia kan mudah lupa. Mudah diduga juga.

Allah turunkan ujian pun untuk menguji. Tidak Allah menguji kita tanpa keupayaan kita. Dia tahu kita berupaya. Tapi adakah kita sedar atau terus leka dan hanyut tanpa mengambil iktibar.  Adakah kita terus tidak bersyukur dan tersedar. 

Muhasabah diri. Baiki apa yang perlu dibaiki. Istiqomah walau tidak mudah. Jangan menongkah langit tanah di bawah dilupakan. Setiap apa yang berlaku bersebab dan ada pengajarannya. Payah mana, bangun dan bangkit. Tapi dalam masa yang sama, jangan menindas orang lain. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan sesama manusia. Peringatan untuk diri sendiri jua..xoxo

Lynda Che Lah

Tabik Pada Mat Motor Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum..
Selama ni Lynda dengar je tentang kemuliaan hati Mat Motor Malaysia. Tentang kebaikan hati mereka membantu di jalan raya. Tentang semangat setiakawan mereka walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Dan semalam dapat tengok sendiri. Dan nak beritahu, bangganya.

Semalam balik dari pejabat, Encik Hubby yang ambil. Sebab balik lewat. Jadi naik motor je lah. Malaysia ni kira ramailah yang mencari rezeki guna motosikal kan. Tak terkecuali suami Lynda. Jadi mereka ni berhujan berpanas mencari rezeki. Boleh tengokkan berapa banyak motosikal di jalan raya setiap pagi dan petang. Kebetulan balik semalam, ada sebuah kereta tersadai tengah jalan menghalang laluan lalulintas.



Maklumlah, waktu puncak balik kerja ni memang akan mengundang kesesakan teruk. Kereta tu tersadai je tengah jalan dan kebiasaan rakyat Malaysia adalah hon. Jalan sesak dan hon mungkin akan membantu. Lynda tengok, seorang wanita di tengah jalan sambil memegang telefon dan ada seorang budak lelaki di dalam kereta. Punca rosak tidak pasti.

Sampai di roundabout, Encik Hubby berhenti dan turun dari motosikal untuk bantu menolak kereta tu ke bahu jalan. Sambil Encik Hubby bercakap dengan pemandu wanita tu, datang sebuah motosikal lain parking di bahu jalan. Macam satu tarikan pula antara mereka ni. Sebab, lepas tu datang lagi 3-4 motosikal lagi berhenti di tepi dan membantu mengalihkan kereta berkenaan ke bahu jalan. Tanpa dipinta dan tanpa disuruh. 
Lepas dah alih kereta tu, sekurang-kurangnya jalan lancar kecuali bila pemandu lain sibuk nak tengok apa jadi. Kebiasaan rakyat Malaysia. Moment ni macam terharu. Selama ni dengar je. Tentang semangat bersatu mereka tanpa dipinta. Yang baik-baik kita ambil dan contohi. Yang tak baik, semoga ada yang tersedar dan perbaiki.

Encik Hubby pun selalu cerita. Mereka tiada alasan tidak bantu. Mereka ada satu semangat bantu membantu. Kalau tayar pancit, bantu. Kalau minyak habis pun bantu. Dan bukan bantu sesama mereka sahaja. Tapi bantu pengguna jalan raya yang lain. Dan menghalang sesuatu yang buruk terjadi. Mat Motor bukan Mat Rempit. Ada beza kan. Beza pada nama dan atitude. 

Kepada Mat Motor Malaysia, teruskan kemuliaan dan setiakawan anda. Tahniah dengan semangat anda dalam hujan atau panas mentari. Masih ada yang berhati mulia dan bersemangat baik macam anda. Terus bangga dengan diri anda sendiri. Dan hati-hati di jalan raya. Bagi pengguna jalan raya lain, mereka juga salah seorang pengguna. Jadi hormati dan santuni mereka. xoxo

Lynda Che Lah

Qhalif dan Lukisan

$
0
0
Assalamualaikum..

Qhalif suka melukis. Lumrah anak kecil kan. Dan lumrah anak lelaki mungkin. Sangat suka melukis. Mungkin juga dipengaruhi Qoid yang juga suka melukis. Jadi di rumah ni memang ada set mewarna yang besar sekali tu siap dengan set krayon, water colour dan kertas lukisan. Kami kena beli kertas lukisan yang banyak juga sebab boleh dikatakan setiap hari mereka melukis.
Lynda suka tengok Qhalif melukis. Mulut terkumat kamit dan menumpukan sepenuh perhatian. Dia akan mengambil masa melukis lukisan yang hanya dia tahu maksudnya. Hehe. Dan bagus sebenarnya, bagi anak bermain dengan warna dan mengenal warna. Dia juga akan menggunakan warna dari susunan pertama ke akhir dan lepas tu susun balik. Jadi semua warna ada. Bila tanya lukis apa, lukis rumahlah, lukis kereta keballah.
Lepas siap, mesti suruh ambil gambar dan semua lukisan dia akan disimpan. Penuhlah almari tu dengan lukisan dia. Ni sebahagian sahaja dari karya Qhalif. Nanti Lynda buatkan 1 album khas untuk letak semua lukisan ni. Dah besar nanti tengok balik tau dik..hehe.. 



Setakat ni sebagai Ibu Ayah, kami sokong je apa anak nak buat. Nak melukis, kita sediakan peralatan melukis. Nak masuk taekwondo, silakan. Selagi mampu diusahakan dan luang masa, kami akan luangkan masa dan atur jadual. So, hidup ada rutin. Biasakan anak dengan rutin. Sedikit sebanyak dia akan disiplin. Tengok TV dan main games pun ikut rutin. Jadi mereka tahu juga atur masa. Banyak lagi kesempatan dan pembelajaran nak didik anak. Kita yang mencorak mereka dengan warna yang mereka suka. Bimbing dan bantu. Insha Allah..xoxo

Lynda Che Lah

Ajar Qoid Kira Duit

$
0
0
Assalamualaikum..
Dah masuk Mac. Sekejap je kan. Insha Allah minggu depan Qoid akan menduduki ujian Sumatif 1. Biasanya ujian Sumatif merangkumi pembelajaran sejak awal ke suku tahun pertama. Dan subjek paling risau Matematik. Biasalah kan.

Ok..Qoid masa tahun 1 memang agak perlahan dalam pelajaran Matematik. Tapi soalan tahun 1 agak  mudah sebab tidak merumitkan. Dan di tahun 2 ni, kami mula hantar dia tuisyen Matematik. Cikgu yang ajar pun, buat pembelajaran one to one. Maknanya, tumpuan sepenuhnya. Alhamdulillah setakat ni kalau suruh buat latihan tu memberansangkan. Tak payah Ibu jadi Tarzan ajar Matematik..hehe..



Lagi satu yang amat penting untuk anak-anak tahap satu ni adalah belajar kira duit. Mereka amat mudah terpedaya dengan jualan di kantin dan di luar sekolah. Dan kadang-kadang, ambil mudah tentang baki yang patut dipulangkan semula. Situasi kantin sekolah tahulah kan. Bising dan kelam kabut. Jadi, samada mereka leka atau tidak tahu ada baki. 

Situasi ni dihadapi hari-hari sewaktu Qoid tahun 1. Tak tahu harga makanan. Tak tahu berapa baki. Jadi Lynda ambil inisiatif sendiri ajar Qoid kira duit. Kira duit paling mudah. Dan dalam jumlah yang mereka guna sahaja. Setakat ni, antara RM1 ke RM20.
Lynda mulakan dengan buat soalan mudah tentang duit dan baki. Terangkan maksud baki. Jadi untuk baki kena tolak. Dan perkenalkan dengan duit yang sebenar. Bermula daripada 10sen sehingga ke RM10. Duit syiling dan kertas. Bagi dia rasa dan pegang serta kenal.

Kemudian buat penceritaan. Ibu beli roti harga RM1.20. Ibu bagi Qoid RM2 (2 helai RM1), pulangkan baki. Qoid buat pengiraan mudah di atas kertas. Ini jenuh juga sebab konsep ringgit dan sen tu kan. Jadi, kita kena terangkan pada dia. Sama je macam konsep tolak.

Bila Qoid dah dapat jawapan 80sen baki, minta dia beri baki tu dalam bentuk wang. Tengok dia kenal ke tak syiling 50sen perlu dicampurkan dengan syiling apa untuk jadi 80sen. Dan selepas beberapa soalan, dia dapat konsep dan mula tahu baki. 

Lynda juga ajar, jumlah duit. Jika harga barang RM3.50. Berapa yang perlu diberikan. Dan Alhamdulillah bila faham konsep boleh. Cuma perlu dipraktikkan dalam kehidupan. Dulu masa awal tahun 1 sewaktu taklimat ibubapa, Cikgu Matematik ada beritahu. Praktikkan Matematik dalam hidup. Insha Allah anak akan mudah faham.



Memandangkan kedai depan rumah je. Kadang-kadang Lynda bagi duit dan suruh beli barang. Jadi sebelum dia pergi tu, kita buat sedikit latihan matematik. Tanya dulu berapa jumlah duit yang dibawa. Dan berapa baki yang perlu dibawa pulang. Biasanya suruh beli barang yang Lynda tahu harga. Nanti dah cekap mengira, suruh beli barang dengan kuantiti lebih banyak sikit. 
Setakat ni, pernah beri RM20 sekeping dan beli makanan ringan sebungkus 40sen. Beli 4 bungkus. Baki yang dibawa balik betul dan siap dia kira. Tanya balik, berapa harga sebungkus. Biasakan tanya pada penjual berapa harga barang. Insha Allah, dia akan belajar congak nanti.

Cabaran tahun 2 pun hebat dah. Kalau tengok buku teks tahun 2, macam aduhai...payahnya. Memang berbeza dengan zaman Lynda yang rasanya mudah je. Dan anak-anak juga tidak boleh cuai menjawab soalan. Tambahan pula dengan KBAT lagi kan. Jadi soalan kebanyakan berdasarkan pengalaman dan cara berfikir. Kalau tak praktik dalam hidup, macam mana nak fikirkan jawapan kan.

Semoga dipermudahkan anak-anak kita menerima pembelajaran dan belajar. Diberi kecekalan hati dan kekuatan minda. Hebat cabaran anak-anak ni..xoxo

Lynda Che Lah


Wanita ~ Jaga Martabat dan Maruah

$
0
0
Assalamualaikum..
2 3 hari ni lelah dengan cerita wanita-wanita di Malaysia. Sebenarnya, Lynda takdelah ikut sangat perkembangan dunia artis Malaysia ni. Follow je IG yang menarik. Ada je tak follow even tak berapa kenal. Tapi bila lalu lalang status di timeline FB tu, kita tengok-tengoklah juga. Dasar tak uptodate..hehe. Dah berusia ni memang kurang tengok pasal artis. Tapi tahulah cerita kalau hangat tu.

Bermula dengan Elfira Loy. Pada Lynda, tiada jodoh. Walau apa alasannya pun, siapa yang benar atau salah, Allah telah tetapkan. Jodohnya setakat itu. Bukan sehingga ke alam perkahwinan dan pintu syurga. Bersebab kan. Jodohkan rahsia Allah. Semoga mereka move on dan beroleh hidup yang lebih baik. Better kan daripada berkahwin lepas tu porak peranda.
Tahniah diucapkan kepada Fazura dan Fattah Amin. Am not the fan. Tapi sejak dorang kahwin ni, suka follow dan tengok. Kan Allah dah kata, perkahwinan itu salah satu rezeki. Dan semoga mereka beroleh barakah dan rukun damai sehingga ke syurga abadi. Doakan yang baik-baik.
Lepas tu, Hajjah Neelofa. Ni sedih sikit. Sebab Lynda follow dia dan beli serta pakai tudung-tudung dia. Dulu tudung yang dia jual tu memang semua labuh dan boleh disesuaikan gaya. Tapi lama-lama, makin singkat pula. Konsep menutup aurat tu tak dipenuhi pula. Tapi tepuk dada tanya selera. Kita nak pakai tak. Lama dah tak beli tudung Naelofar tu sebab kebetulan pun harga agak mahal. Jadi kita pakailah tudung yang memenuhi syariat. Insha Allah, susah nak istiqomah. Tapi kena cuba dan cuba lagi. Bila dia start pakai turban pun, alahai. Sedih.
Dan bila dia buat marketing event tu pun sedih juga. Niat tu penting. Cuma, dia berada di tempat yang salah dan acara yang diatur juga salah. Cuma sayangnya, bak orang kata, terlajak kata boleh di undur, terlajak laku buruk padahnya. Semoga Hajjah Neelofa beroleh segala hidayah seperti mula-mula dulu.

Kes penceraian suami Izreen Azmida pun hangat juga. Lynda tak kenal pun Ude tu. Entah siapa. Izreen tu kenallah sebab dulu tengok juga dia berlakon. Simpati pada Intan. Tapi pengajaran kot untuk kita.

Sebagai wanita, jadilah seperti Intan yang taat pada suami dan tidak bercerita tentang suami. Redha dalam apa keadaan. Tapi jangan jadi seperti Intan yang hanya bergantung harap pada orang lain dan suami. Sebagai wanita, isteri dan ibu, sedikit sebanyak kena tahu berdikari. Bukan sebab nak jadi lebih berkuasa daripada suami. Sebagai persediaan. Kita tidak tahu rahsia Allah yang paling besar iaitu Jodoh, Ajal dan Maut. Segalanya boleh berlaku dalam sekelip mata. Jika tidak bercerai hidup, mungkin bercerai mati. Di usia muda. Ada kawan-kawan yang lalui begitu. Tapi jika tidak biasa menguruskan hidup sendiri memang payah. Dan Intan perlu dapatkan hak daripada bekas suami untuk diri dan anak-anak. Jangan mengalah.
Yang bercakap dan marah pada Izreen, ada yang masih belum berkahwin tu, ingat-ingatlah. Jodoh kan rahsia Allah. Tiada wanita yang ingin musnahkan wanita lain. Tiada wanita yang mahu bina bahagia atas penderitaan orang lain. Tidak menyebelahi Izreen, Tapi bak kata Encik Hubby, jangan sibuk urusan rumahtangga orang lain. Haha.. ni kena setepek semalam sebab kita luah perasaan kat dia. Hanya, Ude, Izreen dan Intan mengetahui segala cerita di sebaliknya. Setiap yang jadi ada hikmah. Kan Allah uji setanding dengan keupayaan kita.

Nak kongsi dan tulis juga. Pandangan peribadi. Sesak nafas juga dunia sosial ni dipenuhi cerita macam ni. Tapi sebagai wanita, jagalah martabat kita. Sebab Allah dan tempatkan wanita ini di tempat yang tinggi dan mulia. Malah pilihlah mana-mana pintu syurga untuk masuk jika wanita itu menjaga solat 5 waktunya, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kemaluannya (menjauhi perkara menjurus kepada zina dan zina) dan taat kepada suaminya. Hebatnya wanita ini. Tapi kenalah jaga kan. Semoga kita wanita terpelihara. Allah mudahkan jalan hidayah.. dan beroleh kesenangan..Peringatan juga untuk diri..xoxo

Gambar : Sumber Google
Lynda Che Lah
Viewing all 159 articles
Browse latest View live