Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah masuk 5 Ramadhan. Syukur juga Allah mudahkan segala urusan ibadah kita. Sekarang ni puasa, petang je hujan kan. Hujan rahmat. Syukur juga. Azam tahun ni nak penuhkan malam dengan terawih di masjid. Lagipun bukan selalu kan dapat peluang ni. Insha Allah kita sama-sama usahakan.
Sejak tahun lepas, bila Qhalif Umar dah faham cakap ni, bolehlah pergi masjid berjemaah. Pernah masa dia kecil baru merangkak, makin kita dalam saf, makin jauh pula dia. Itu pula kan kalau bawa anak kecil ni. Tambahan pula kalau ruang solat muslimah di luar. Bahaya untuk anak-anak kecil ni. Pernah juga, elok dah setting dia di tepi, datang orang baru, dialihkan. Menangislah dia dipegang orang lain.
Kalau nak cerita pengalaman bawa anak terawih ni banyak juga. Kita ambil iktibar dan belajar macam mana nak atasi. Sebab hanya kita yang faham kerenah anak kita. Qhalif ni dulu pun nakal juga. Asal sujud je dia panjat belakang. Dah kena menunggu dia turun baru boleh bangun dari sujud. Kena kat Ibu sendiri takpe. Kalau kena kat jemaah lain kan susah..hehehe..
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
Ini nak kira tips juga lah. Lynda akan bawa susu siap dibancuh, bantal kecil dan selimut kecil. Ini kalau anak haus dan nak lekakan dia kejap. Selain tu, bawa mainan kecil macam kereta atau lori. Atau benda yang dia suka main. Jadi sambil kita solat tu, dia leka dengan mainan. Tapi masa ni risiko berebut dengan budak lainlah. Biasa bawa banyak sikit, untuk kongsi main. Lain peralatan macam buku mewarna dan pensil warna. Boleh dia conteng-conteng sementara tunggu. Selain tu, bawa gajet. Macam Lynda, bagi je Qhalif tengok gajet tapi perlahankan suara gajet. Hanya dia je dengar. Tapi masa baca doa ke atau zikir, ajak dia sekali. Terpulanglah kan macam mana nak kawal anak. Alhamdulillah Qhalif ok.
LUMRAH ANAK-ANAK
Lynda kalau boleh memang akan cuba duduk di bahagian paling tepi. Cuba cari kawasan lapang sikit. Alhamdulillah, dah ramai ibu bawa anak-anak berjemaah. Cuma pastikan anak-anak tak merayau dah sentiasa ada dalam lingkungan dan pandangan mata kita. Qhalif kalau dah mula bosan tu, mulalah dia merayau atau mencelah-celah dalam saf. Pernah masa kecil, dia duduk dekat tempat sujud. Dah jenuh nak alihkan dia. So, masa berhenti menunggu rakaat seterusnya tu, panggil dan nasihatkan dia. Tak boleh lalu waktu orang solat. Tak boleh duduk dekat tempat sujud. Nanti dia akan faham.
KANAK-KANAK DALAM SAF - TIDAK PUTUS SAF
Qoid dah mula solat. Jadi dia dengan Ayah. Alhamdulillah jemaah di sini memahami bahawa solat berjemaah dengan anak belum baligh tidak akan putuskan saf. Begitu juga anak-anak perempuan dengan ibu. Rasulullah pun menggalakkan kita bawa anak-anak ke masjid bagi tujuan mengajar mereka cintakan masjid dan belajar solat. Jadi selang-selikan anak-anak dengan dewasa untuk berjemaah bersama. Tetapi anak-anak ini pun mesti bersih dari najis contohnya lampin tidak basah. Lebih baik biar mereka dalam saf daripada bising dan bermain dalam masjid kan. Kena ubah sikit mentaliti orang Melayu terutama pakcik makcik ni. Sebab kadang-kadang dah jadi amalankan. Kita yang muda dan tahu kena maklumkan dengan cara berhemah.
Semoga generasi kita akan datang lebih cintakan masjid dan mudah lakukan ibadah solat. Semuanya bermula dari kecil dan didikan ibu ayah. Anak-anak yang datang masjid tanpa ibu ayah ni kadang-kadang mengundang bahaya juga. Sebab dia seronok dengan kawan-kawan, mana nak ingat lain. Kita tegur-tegur dan perhatikan. Semoga Allah pelihara semua dan beroleh keberkatan dunia akhirat. xoxo

Lynda Che Lah