Assalamualaikum..
TUJUAN PENUBUHAN YAYASAN QASEH ZY PHYTO
AKTIVITI YAYASAN QASEH
PROGRAM KEMBARA QASEH
SUMBANGAN RAMADHAN DAN INFAK
PEMBERIAN MAKANAN PERCUMA
Yayasan Qaseh juga aktif dalam membantu golongan gelandangan dengan menyediakan santapan malam untuk mereka. Program ini dijalankan setiap bulan dan dibuat berperingkat di kawasan-kawasan terpilih bagi membantu golongan ini mendapatkan bantuan.
Kewujudan Syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd. adalah 100% milik bumiputra yang mengusahakan pembuatan dan penghasilan produk OEM. Di samping pelbagai penghasilan produk, ZY Phyto juga tidak ketinggalan menjalankan khidmat masyarakat atau CSR dengan menubuhkan Yayasan Qaseh ZY Phyto sebagai salah satu bentuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.
SEJARAH PENUBUHAN YAYASAN QASEH
Yayasan Qaseh telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2016 dan telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (No Pendaftaran : 1209349W) pada 17 November 2016. Yayasan Qaseh diilhamkan oleh Encik Zaidi bin Yusof iaitu CEO ZY Phyto Sdn. Bhd.
TUJUAN PENUBUHAN YAYASAN QASEH ZY PHYTO
Tujuan utama penubuhan Yayasan Qaseh adalah ditubuhkan untuk memperkasa sosio-ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan , pembangunan ilmu , latihan dan usahasama sahabat secara istiqamah melalui program peningkatan dari segi aspek kerohanian dan identiti diri serta memperkasa ekonomi setempat melalai rantaian perniagaan utama ZY Phyto .
AKTIVITI YAYASAN QASEH
PROGRAM KEMBARA QASEH
Melalui program kembara, Yayasan Qaseh menunaikan tanggungjawab sosial seperti penyerahan pelbagai sumbangan sewaktu program kembara diadakan. Antara program kembara sambil beramal ini adalah ke Kashmir, Perth, Acheh, Kemboja, Mabul, Sarawak dan program kembara akan diteruskan ke negara-negara lain.
SUMBANGAN RAMADHAN DAN INFAK
Selain program kembara dan beramal, Yayasan Qaseh turut berinfak di bulan Ramadhan dengan memberi sumbangan, mengadakan majlis berbuka puasa dan pengagihan bubur lambuk.
PEMBERIAN MAKANAN PERCUMA
Yayasan Qaseh juga aktif dalam membantu golongan gelandangan dengan menyediakan santapan malam untuk mereka. Program ini dijalankan setiap bulan dan dibuat berperingkat di kawasan-kawasan terpilih bagi membantu golongan ini mendapatkan bantuan.
SUMBANGAN LAIN
Yayasan Qaseh turut memperluaskan program sumbangan kepada warga emas, anak yatim dan lain-lain individu atau kumpulan yang memerlukan.
Bagi yang berminat untuk turun serta, bolehlah menyumbang terus ke akaun Yayasan Qaseh ZY Phyto seperti berikut:
YAYASAN QASEH ZY PHYTO
UOB Bank - 2353001312
Lynda Che Lah