Assalamualaikum..
Dah nak masuk bulan Ramadhan kan. Dah habis ganti puasa tak semua? Insha Allah, sempat lagi. Lynda nak share sebenarnya salah satu tempat berbuka puasa yang ada di Shah Alam. Selain hotel ternama di Shah Alam, ada 1 hotel yang sedang meningkat naik iaitu Geno Hotel. Terletak di Taman Subang Mas, Subang Jaya tapi hotel ni diakses melalui Seksyen 20 je. Kan sempadan Subang Jaya dan Shah Alam.
Dengan bertemakan Semarak Ramadhan, Geno Hotel menawarkan masakan Melayu yang pelbagai di samping hidangan signature dish mereka dan semestinya, kambing golek. Selain itu terdapat aneka pilihan makanan lain seperti pilihan mee, kuih muih tradisional dan antarabangsa, sate dan ikan bakar. Lauk masakan Melayu dimasak oleh Chef Jamal dibantu oleh tenaga pekerja yang lain.
DEKORASI THE TASTE
PILIHAN MAKANAN MELAYU
KAMBING GOLEK
LAIN-LAIN HIDANGAN
DESSERTS
KEMUDAHAN SURAU DAN PARKING
Ni jangan risau sebab parking adalah banyak dan surau adalah besar dan luas. Surau terletak di basement hotel dan lengkap dengan telekung. Cuma masa Ramadhan nanti mesti ramai kan. Jadi elok bawa telekung sendiri.
PROMOSI DAN HARGA BUFFET RAMADHAN 2018 GENO HOTEL
Harga Buffet Ramadhan di Geno Hotel 2018 (17 Mei - 12 Jun 2018) :
- Dewasa: RM110 bersih (seorang)
- Kanak-kanak (5-10 tahun): RM55 bersih (seorang)
- Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM71.50 bersih (seorang)
- Dewasa: RM88 bersih (seorang)
- Kanak-kanak: RM44 bersih (seorang)
- Warga Emas: RM 57.20 bersih (seorang)
PILIHAN LYNDA
Lynda suka masakan kampung terutama Kari Daging Kambing sebab dagingnya sangat empuk dan tidak hamis. Selain tu suka sangat dengan kuah satay. Kambing Golek pun daging lembut dan tidak kering. Ulam-ulaman segar dan sambal kicap sedap.
Desserts je dah cukup buat kecur liur. Tengok desserts je lah bersusun macam piramid tu. Lynda suka puding roti dan sagu gula melaka sebab ada kejutan dalam suapan terakhir. Nak tahu apa kenalah tempah untuk berbuka puasa dengan Geno Hotel.xoxo
Untuk tempahan dan lain-lain pertanyaan boleh terus hubungi Geno Hotel
Facebook : mygenohotel
IG : mygenohotel
Website : www.genohotel.com
Call : 03 50336666
Waze : Geno Hotel
Lynda Che Lah