Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Yang Menarik di KidZania Go! @ Quill City Mall

$
0
0
Assalamualaikum..

Sehingga hari ini KidZania Go! akan berada di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Lynda dah bawa anak-anak ke sana hari Khamis hari tu. Yang menariknya, dengan hanya berbelanja RM38 di mana-mana outlet dalam Quill City Mall, dah boleh redeem pas masuk ke Kidzania Go! ni.
Apa yang anak-anak buat di sini pun menarik. Konsep masih mengekalkan tema KidZania itu sendiri. Dan anak-anak diajar untuk menghormati orang lain, menerapkan nilai murni dan menjaga alam sekitar. 8 aktiviti yang anak-anak buat pun menarik. Untuk anak seusia Qhalif (4 tahun) pun sesuai. Comel je Qhalif. Sebab ni kali pertama dia bergaul dengan orang lain. Nampaknya ok.

8 AKTIVITI KIDZANIA GO!
1. Volvo - Stop, look and wave
Di sini lebih kepada kaedah keselamatan jalan raya. Ajar anak-anak supaya belajar untuk berhenti, lihat keadaan jalan raya /trafik dan lambai jika perlu. Menarik. Dan anak-anak senang ingat.

2. Court house
Main mahkamah, ada hakim pendakwa, pesalah. Kat sini mereka diberi skrip dan berlakon macam dalam mahkamah.
3. Sharp Air Quality Control
Di sini tentang keadaan alam sekitar. Macam mana nak jaga alam sekitar dan semua bermula dari rumah. 
4. Mc Donald's Fitness Centre
Ni paling simple, anak-anak diambil berat dan tinggi dan diberi BMI. Dapat pantau kan. So, tengok BMI untuk jadi lebih sihat dan cergas.

5. Magic Studio
Paling ramai peminat dan paling teruja! Sebab dorang dapat belajar helah magik! Anak-anak dengan magik kan macam tak dapat dipisahkan. Di sini mereka didedahkan bahawa magik tu takde pun sebenarnya. Yang ada adalah helah atau trick..
6.Scott's Research Lab
Di sini anak-anak belajar buat Gummies sendiri. Tapi tak boleh makanlah. Sekurang-kurangnya mereka tahu cara  sesuatu makanan itu diproses. 
7. TV Studio
Berminat berlakon atau mengacara? Mereka diberi peluang mencuba sendiri sesi rakaman dan berpeluang mengacara. Kita dulu pun berangan baca berita..Eh!!!!


8. A Recycling Centre
Konsep 3R. Kena ajar anak-anak untuk mula mengumpulkan barangan kitar semula. Untuk alam sekitar pun kan.
Secara keseluruhannya, anak-anak suka dengan aktiviti ni. Dan yang seronoknya, ada plan dah nak ke KidZania sebab di KidZania Go! @ Quill City Mall ni menawarkan pakej harga menarik untuk ke KidZania.

Sempat lagi ni kalau nak grab harga menarik ni. Korang ada 1 hari ni untuk terjah dan dapatkan promosi ni. Dan boleh plan untuk cuti sekolah akan datang nanti pula. Mesti anak-anak seronok. Pada Lynda aktiviti memang menarik. Lynda dah beli! Jangan lupa singgah tau ke Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Lynda Che Lah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles