Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Premier Clinic ~ Rawatan Laser Untuk Wajah

$
0
0
Assalamualaikum..
Lynda ada masalah pigmentasi dan jeragat. Dah lama pun sebenarnya. Dan kisahnya, Lynda memang bukan jenis jaga muka. Maksudnya, tak pandai nak pakai pelembap lah, serum lah, sunblock lah.. Seriously tak ambil tahu pasal kulit wajah. Tapi kan, sejak dah masuk 3series ni, nampak kulit wajah macam kusam dan tak glowing. So, mulalah belajar tengok macam mana nak jaga kulit wajah. Jealous je tengok kawan-kawan muka ploles. Ngada kan. Harap belum terlambat.



SESI RAWATAN WAJAH DI PREMIER CLINIC
Lynda berkesempatan ke Premier Clinic untuk 1 sesi rawatan. Masa buat temujanji, tak pasti lagi tentang rawatan. Kena datang dulu ke klinik dan doktor akan buat keputusan kemudian. Premier Clinic ni antara klinik aestetik terkenal dan mempunyai banyak cawangan di Lembah Klang. Antaranya di Kuala Lumpur, Bangsar, TTDI dan yang Lynda pergi ni di Puchong. Terletak di IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya. Parking senang dan klinik pun senang dicari. Tepi bangunan je.
 INTERIOR PREMIER CLINIC



Klinik ni selesa dan ada ruang menunggu, ada ruang konsultasi, bilik rawatan, bilik doktor. Dan yang penting, muzik latar yang dimainkan. Tenang je. Bau pun wangi. 

KONSULTASI
Sebelum menentukan jenis rawatan, Dr. Michelle Lai akan tanya kita, apa yang kita tak suka dengan wajah kita. So, bolehlah kan mengadu. I tak suka pigmentasi dan jeragat. Lepas tu, doktor tanya rutin jaga wajah macam mana. Dan of coz kena marah..Hahaha.. Doktor kata, penjagaan wajah perlu dijadikan rutin. Jadikan antara perkara yang perlu buat setiap hari. Jangan malas. Yang paling utama, tolong pakai sunblock. Sebab sinaran matahari sangat menyumbang kepada pembentukan jeragat dan pigmentasi. Kebanyakan daripada kita terutama Lynda tak pakai sunblock bila keluar dan terdedah kepada cahaya matahari. Sampai doktor cakap, kalau nak tau, kulit wajah you macam kulit umur 40 tahun. Mak sentap!

RAWATAN LASER UNTUK PIGMENTASI DAN PARUT
Sebelum rawatan dimulakan, kulit wajah akan dibersihkan. Dan doktor maklumkan bahawa sepanjang rawatan akan ada rasa tidak selesa seperti dilastik dengan getah. Rawatan dijalankan dengan tembakan laser di wajah dengan alat berteknologi tinggi. Sepanjang rawatan, kulit wajah akan disejukkan dengan alat penyejuk. Masa rawatan adalah lebih kurang 15-20 minit untuk laser sahaja. Bergantung juga dengan jumlah dan keadaan kulit wajah. Lagi teruk pigmentasi atau parut tu, lagi tinggi jumlah laser yang akan digunakan.



SAKIT TAK RAWATAN LASER?
Soalan ni pun bermain di fikiran Lynda. Dan inilah soalan yang korang tertanya-tanya kan. Ada nampak Lynda senyum tak tu? Secara jujurnya, rawatan laser ni sakit manja. Bukan sakit sangat ye. Tapi betullah doktor kata, macam dilastik dengan getah. Rasa pedih-pedih di kulit wajah macam luka kecil. Takda rasa panas tapi ada bau hangit. Dan selepas rawatan tu, wajah akan ditutup dengan tuala basah, dibersihkan dan disapu dengan pelembab dan sunblock.


KESAN SEMENTARA SELEPAS LASER
Kesan yang Lynda alami adalah muka terasa bengkak dan kemerah-merahan. Tapi takdelah bengkak mana. Cuma di setiap titik pigmentasi tu lebih berwarna gelap dan timbul. Sebab ditembak laser kan. Keadaan ni akan berterusan selama 2 jam atau kurang. Tapi masa ni pedih dah takda. Dalam masa lebih kurang seminggu, kulit yang dilaser akan mengalami pengelupasan dan mengalami kulit kering. Jadi, nasihat doktor adalah pakai hydrating mask selama seminggu ni untuk melembapkan kulit dan jangan tinggal langsung sunblock. Dan untuk hasil yang berterusan, rawatan ini perlu dilakukan sebanyak 6 kali.

TERIMA KASIH PREMIER CLINIC
Banyak Lynda belajar dari Dr Michelle sebenarnya. Dan juga daripada Beauty Consultant di sini. Rutin penjagaan wajah ni memang kena buat. So, dah terbuka sikit minda ni dan kena rajin lepas ni. Insha Allah, akan ke Premier Clinic lagi untuk rawatan seterusnya. 
TAWARAN UNTUK PEMBACA BLOG
Untuk pembaca Lynda yang berminat nak dapatkan rawatan atau konsultasi, jangan lupa beritahu nama Lynda Che Lah/Nurulazlinda Che Lah dan korang boleh dapatkan harga istimewa. 

Untuk maklumat lain termasuk senarai harga dan lain-lain rawatan di Premier Clinic:

CAWANGAN PREMIER CLINIC

TTDI: 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

BANGSAR: 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

PUCHONG: G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

KL CITY: A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

General Contact Details: +6012-6625552
Email Address: contactus@premier-clinc.com


Instagram: @premier_clinic

Lynda Che Lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles