Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Pilih KWSP atau Pencen..

$
0
0
Assalamualaikum..
Lamanya tak menulis. Last entry Januari. Nak menulis ni kena ada masa lapang dan idea. Kadang ada idea, tapi kekangan masa.

Lynda sejak Januari 2020 dah kerja semula. Last entri memang ada share pasal berhenti kerja dengan sebuah GLC selepas 6 bulan. Masuk Januari 2020, uruskan anak-anak dan suami bekerja sendiri. Tapi mula bosan dan cari kerja. Alhamdulillah dapat dekat dengan rumah. Itu yang tak berkesempatan nak menulis. Sebab sibuk juga.

Walaupun entri, berhenti kerja kerajaan dah berusia 1 tahun lebih, tapi sampai hari ni masih ada yang DM atau WA tanya pasal berhenti kerja kerajaan. Dan soalan paling popular kalau dapat adalah nak pilih KWSP ke pencen? Ada yang DM tanya minta pendapat. Sebab mereka tak tau nak pilih KWSP ke Pencen. Ada pro dan kontra ye benda ni. Macam Lynda, pilih KWSP berbanding pencen.
kredit : says.com
KWSP atau Pencen?
Ada banyak pilihan yang perlu dipertimbangkan. Setiap keputusan ada pro dan kontra. Dan setiap keputusan yang dibuat sepatutnya tidak dipengaruhi sesiapa. Sebab kita buat keputusan untuk diri kita sendiri kan. Banyak kali juga Lynda pesan pada mereka yang DM supaya, buat keputusan yang tepat untuk diri sendiri. Bukan sebab Lynda suruh, suami suruh, mak suruh dan sebagainya. 

Kenapa Pilih KWSP?
Sebenarnya takda banyak beza pun kalau kita pilih KWSP atau pencen ni. Sebelum ada yang bertanya, pegawai kerajaan akan diberi option untuk kekal dengan KWSP atau pun memilih option pencen selepas berkhidmat 3 tahun. 

Macam Lynda, dari awal berkhidmat dah ada plan takkan berkhidmat lama dalam kerajaan, sebab ada rancangan lain yang nak buat. Walaupun itu perancangan untuk 20 tahun akan datang, tetap kena decide awal sebab melibatkan pilihan kewangan akan datang. Lynda pilih KWSP sebab taknak tunggu lama sangat untuk dapat pencen. KWSP kita boleh keluarkan pada umur 50 tahun (Akaun 2) dan 55 tahun (Akaun 1). Sambil tu, bila-bila masa kita boleh keluarkan untuk tujuan perubatan, belajar, anak belajar dan buat rumah. 



Kalau pilih KWSP kita tetap akan dapat Ganjaran Cuti Rehat (GCR) cuma bezanya kita tak dapat Faedah Persaraan (Gratuity). Cuti Rehat tetap perlu dikumpulkan. Ini kalau berkhidmat terus dengan kerajaan sehingga umur persaraan ye. Macam Lynda, Lynda berhenti terus. Jadi tak dapat semua di atas kecuali akaun KWSP masih ada. Jadi, bila berniat untuk cari kerja balik, akaun KWSP boleh digunakan semula dan ada dah duit persaraan umur 50 tahun nanti. Sampai bila pun nak kerja kan. hehe.. Itu Lynda lah ye. Jadi terpulang. Kena forecast apa nak buat 10 tahun atau 20 tahun lagi. Tapi macam sedia maklum, ini semua perancangan awal. Selebihnya, Allah juga yang tentukan.

Kenapa Pilih Skim Pencen / Skim Persaraan?
Bagi yang memilih skim berpencen, kalau tak silap Lynda, sekarang kena sign sampai umur 58 tahun. Tak sure ye. Dah lama tak ambil tahu hal pekerja kerajaan. Ingatan mesra.. Untuk pegawai kerajaan, tolonglah rajin-rajin tengok website JPA, dan pekeliling. Sebab semua berkaitan perkhidmatan ada info dalam website. Sekarang mudah, bukan macam dulu kena buka buku GO. Sekarang, taip je. Dah muncul depan mata info-info berkaitan. Pegawai kerajaan kena alert ye.

Yang memilih skim pencen, yang bestnya adalah korang boleh dapat duit segedebuk dari KWSP. Maksudnya, akaun KWSP korang akan ditutup terus. Sekiranya ada bekerja dengan syarikat selain kerajaan sebelum itu, wang itu boleh dikeluarkan. Hanya wang di Akaun 2 dapat dikeluarkan. Manakala wang di Akaun 1 (kecuali caruman sewaktu bekerja swasta) akan dihantar ke KWAP untuk tujuan diniagakan dan digunakan sebagai duit persaraan nanti. Duit Akaun 1 itulah nanti digunakan untuk bayar pencen korang. 

Skim pencen ini bagus sebab sekiranya, korang meninggal dunia selepas berkhidmat 10 tahun, akan ada pencen terbitan diberikan pada anak-anak atau balu/duda korang. Nak tau lanjut pasal ni kena pergi web JPA. Tapi sekiranya tiada kematian atau sebagainya, pencen akan dibayar berdasarkan gaji akhir sewaktu usia berpencen. Ada kalkulator disediakan di web JPA. Bolehlah mula kira pencen korang kalau memilih berpencen. 

Kalau taknak berpencen umur 58 tahun, korang tetap boleh memilih bersara pilihan. Syarat bersara pilhan adalah berkhidmat selama 10 tahun dan mencecah umur 40 tahun. Masa ini korang akan dapat Gratuity dan GCR bergantung berapa korang kumpul. (150 hari atau lebih). Tetapi, pencen hanya akan dapat pada umur korang sepatutnya bersara. Iaitu yang korang sign option tu. 56/58 tahun. Cara kira semua berapa korang dapat kena pergi web JPA.

Mana Pilihan  Korang?
Jadi, setiap keputusan atau pilihan yang korang buat, tetap adalah keputusan untuk diri korang dan keluarga. Bukan keputusan untuk Jabatan, Kementerian dan kawan-kawan pejabat. Setiap satu pilihan ada pro dan kontra. Bukan ikut nasihat orang, bukan ikut apa kata orang. Kena duduk dan fikir. Study dulu. Baca dan bertanya pada yang arif. Selamat membuat pilihan. xoxo

Lynda Che Lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles