Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Dr Maszlee Malik - Menteri Pendidikan Letak Jawatan

$
0
0
Assalamualaikum..
Belum apa-apa 2020 dah ada berita mengejutkan. Menteri Kasut Hitam letak jawatan. Sayangnya, apabila menteri yang dilihat membela nasib rakyat terutama pelajar miskin dinafikan hak. Istimewanya beliau banyak boleh dibaca di media sosial. Jasa dan bakti beliau selama 20 bulan sepatutnya dikenang. Besar harapan pengganti beliau lebih hebat dan prihatin.
Isu kasut hitam yang Dr Maszlee perkenalkan buat semua pihak buka mata. Tapi hanya kerana kasut. Dan masa yang diberikan agak lama iaitu sekurang-kurangnya 2 tahun persediaan. Memang diakui, kasut hitam lebih mahal harganya. Tapi dalam tempoh persediaan ini, semua pihak daripada pembekal, penjual dan pembeli boleh bersedia. Dan kebaikannya bukan supaya tak perlu basuh kasut, tapi sentiasa kelihatan bersih dan kemas apabila ke sekolah. Kalau tak basuh tu, bukan salah menteri lah ye. Salah sendiri. Tak jaga kebersihan.

Bukan isu kasut hitam je Dr Maszlee bangkitkan. Isu kanak-kanak kelainan upaya yang mendapat peluang ke sekolah, kanak-kanak kurang berkemampuan mampu ke sekolah. Sekolah daif dibantu. Sarapan percuma diberikan. Alah..setakat sarapan percuma! Itu kata-kata mereka yang berkemampuan. Ada ibu bapa yang bertugas jauh dari rumah misalnya tak sempatpun nak sediakan sarapan untuk anak-anak. Jadi, dengan inisiatif ini anak-anak akan bertenaga belajar di sekolah.



Untuk guru-guru luarbiasa, Dr Maszlee berjaya membantu mereka. Bantuan dari pelbagai segi. Bantuan dari segi emosi, dari segi kemudahan. Tanya guru-guru. Apa jasa beliau. Misi Dr Maszlee jelas. Memperkasakan pendidikan. Mungkin beliau terpengaruh dengan kisah Where to Invade. Sebuah dokumentari khas tentang negara-negara maju yang menekankan pendidikan. Seorang pendidik yang berwawasan tinggi masuk politik dengan hasrat membantu. Sayangnya politik menang. 

Banyak jika ingin dicoretkan jasa beliau dalam tempoh 20 bulan. Terpulang. Masing-masing punya pendapat. Kepentingan pelajar lebih penting daripada keadaan politik beliau. Masih tidak dapat dipastikan apa punca utama beliau meletak jawatan. Rasa hormat dan patuh beliau kepada ketua mungkin. Atau atas dasar perpaduan yang beliau jaga. Namun diharap, perubahan awal tahun ini tidak menjejaskan anak-anak kita secara amnya. Kesian anak-anak dijadikan bahan ujikaji.

Harapannya, janganlah dirombak semula buku-buku teks atau sistem pembelajaran. Nak jadikan anak-anak apa kalau asyik diubah sistem pelajaran. Tiada peperiksaan di tahap satu kerana nak memudahkan mereka belajar menyesuaikan diri dan berkeyakinan. Teruskan. Sebab asas hidup bukan hanya menjadi nombor satu. Tetapi berkeyakinan dan beradab.

Semoga pengganti beliau nanti seribu kali lebih hebat dan tidak bertindak hero dengan menukar kasut hitam kepada kasut putih. Tidak menukar silibus pelajaran anak-anak secara sesuka hati. Menafikan hak pelajar miskin dengan pelbagai yuran tambahan atas alasan kekangan ekonomi. Semoga nasib guru-guru luarbiasa lebih terbela. Semoga juga semua anak-anak tidak kira bangsa dan agama mendapat hak belajar secukupnya. Hanya pendidik yang memahami pendidik. Semoga pengganti beliau daripada mereka yang memahami sistem itu nanti.

Selamat Maju Jaya Dr Maszlee Malik. Anda melangkah dengan penuh maruah. Satu kehilangan yang besar. Dalam 10 yang benci, ada 100 yang menghargai jasa dan budi baik tuan untuk anak-anak kami. Terima kasih.

Lynda Che Lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles