Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Makan 7 Makanan Ini Ketika Selsema

$
0
0
Assalamualaikum...
Musim hujan ni sejuk sampai mencucuk tulang kan. Tak payah buka aircond dah. Mandi ngan water heater pun dah maksimum level pun. Tapi ada juga yang tak tahan kalau hujan sejuk sejuk ni. Selsema pun mudah datang. Selepas selsema, mulalah badan panas terkena demam selsema.

Selsema ini jadi tak best bila hidung mula meleleh air. Lagi teruk bila tersumbat. Puaslah hembus, minum air panas, minum sup panas nak bagi legakan hidung. Makan pun tak rasa dah manis ke pahit ke. Lynda kalau selsema memang melepek je sebab meleleh je hidung ni. Siap pakej sakit kepala dan mata tak boleh buka. Layu je. Badan apatah lagi. Tak bermaya.

Bila tak sihat, nak makan pun tak berapa berselera kan. Tapi hari ini, Lynda nak kongsikan 7 makanan ketika selsema. Menu makanan ini pun sesuai untuk anak-anak yang selsema. Anak kalau selsema susah hati kan. Makan apa semua tak nak. Jadi, kita boleh cuba bagi makanan yang sesuai untuk orang yang selsema.
1. Teh Panas

Teh sememangnya menjadi minuman pilihan kalau selsema. Buat pula panas-panas. Tapi minum teh kosong ye. Letak sedikit gula dan diminum ketika panas. Boleh juga pilih untuk minum teh cina atau teh hijau. Teh panas boleh memberi kelegaan kepada tubuh dan rongga pernafasan

2. Sup Panas

Bila selsema badan kita sebenarnya mengalami hidrasi. Iaitu kekurangan air dalam badan. Itu yang boleh kena demam selsema. Badan panas semacam kan. Sebab tak cukup air. Boleh buat sup panas dicampur sayur-sayuran seperti lobak dan daun saderi. Kalau tak lalu nak makan sup sayur je, boleh cuba buat sup cendawan. 

3. Halia

Halia merupakan antara herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan. Halia sering digunakan dalam perubatan dan diletakkan di dalam minuman dan diminum panas. Halia ini boleh digunakan untuk menghilangkan loya. Selain itu, boleh menghilangkan batuk dan sakit tekak. Biasakan minum air halia untuk menghilangkan rasa kesakitan pada bahagian perut terutama untuk wanita. Cuma perlukan beberapa hirisan dan diletakkan di dalam air panas. Bau halia itu pun dah boleh hilangkan loya kan.

4. Pisang

Kadang-kadang, perut lapar tapi tiada selera makan ketika selsema. Jadi, makanan yang paling sesuai adalah pisang. Pisang bersifat mengenyangkan dan sesuai juga untuk penghadaman. Boleh juga campur pisang dalam oat atau bubur. Rasa manis yang ada pada pisang itu sekurang-kurangnya boleh membuka selera semasa selsema.

5. Air

Minum air yang cukup sangat penting terutama sewaktu kita selsema dan tidak sihat. Air merupakan molekul penting yang perlu ada dalam tubuh. Jadi, minum air secukupnya sewaktu selsema bagi mengelakkan hidrasi dan panas badan yang lebih teruk.

6. Aiskrim Pop

Pernah dengar kan, makan aiskrim nanti selsema lebih melarat. Tapi sebenarnya, aiskrim adalah sumber air yang dibekukan dan disejukkan. Apabila selsema, tekak turut mengalami kekeringan kerana hidrasi yang berlaku. Dengan makan aiskrim, kita dapat memberi kelegaan kepada tekak kita. Kalau nak sedap sikit, boleh makan aiskrim berperisa vanila. Selain menyejukkan badan, dapat melegakan tekak yang perit dan sakit.

7. Bawang Putih

Lynda suka makan bawang putih. Tambahan pula dibakar. Bawang putih pun dikenali sebagai salah satu sumber makanan yang boleh menyembuhkan selsema dan demam. Makan bawang putih boleh melegakan hidung yang tersumbat. Kalau anak-anak selsema, Lynda akan bakar bawang putih tu dan dicampur dengan baby oil atau minyak masak. Picit-picit dan sapu ke tapak kaki dan belakang badan anak. Mujarab untuk hilangkan selsema anak.

Alhamdulillah, kami kalau selsema pun tak lama. Dan amat jarang selsema. Kami sekeluarga pun amalkan makan Vit C Plus Shaklee. Sambil makan Shaklee tu, sambil jualkan untuk kawan-kawan yang berminat. Kena bantu juga badan untuk lawan penyakit. So makan vitamin. Kalau berminat nak cuba terutamanya yang kerap selsema boleh contact Lynda. <Klik Sini>

Musim sejuk hujan-hujan ni elak aktiviti luar kalau boleh dan ingatkan anak-anak juga untuk kerap minum air putih. Jaga diri. Tak bestkan sakit. Semoga kita semua sihat-sihat nak jalankan tanggungjawab.xoxo

Lynda Che Lah







Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles