Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Beli Kek Mamasab Bakery

$
0
0
Assalamualaikum...
Lynda sebenarnya tak pernah lagi dengar pasal kek viral Mamasab. Tengok ada lalu lalang di FB dan IG. Tapi tak pernah rasa lagi. Tapi kalau tengok feedback, kebanyakan beritahu kek Mamasab memang sedap dan berhantu.. Hehe.. 

CARA BELI KEK MAMASAB
Nak beli kat mana pun taktau. Rupanya, kek Mamasab ini ada bakeri di Petaling Jaya, Cyberjaya, Sentul, Kuantan, Shah Alam dan terbaru di Jalan Ipoh. Alamak, semua tempat ini payah sikit nak pergi. Lepas tu, bukalah IG Mamasab Bakery. Rupanya, Mamasab Bakeri ada buat servis runner ataupun melalui dropship atau agent. Kita tinggal order je, nanti ada orang hantar. Senang juga tu. Pilih-pilih di telefon, beritahu agent, buat bayaran dan tunggu kek kita sampai. Mudahkan.

JADI AGENT MAMASAB
Sambil-sambil tengok pilihan kek Mamasab yang pelbagai tu, ada juga yang offer Lynda untuk jadi agent Mamasab. Boleh juga nak tambah pendapatan. Mudah juga nak jadi agent ni. Dan Lynda pula memang takde buat apa sangat, boleh juga tolong pickup dan hantar delivery. Setakat ni, kalau nak makan sendiri, order je. Sambil tu ambil order kawan-kawan. Ramai sebenarnya peminat kek Mamasab ni. 

So, officially Lynda adalah Agent Mamasab untuk seluruh Malaysia. Hehe. Tapi Lynda cover delivery area Klang, Shah Alam dan sekitar. Ok je kalau nak minta delivery. With delivery charge.

KEK PILIHAN MAMASAB
Kek Hari Jadi
Nak buat hari jadi anak boleh juga order dengan Mamasab. Untuk kek hari jadi, kena buat tempahan seawal 2 hari untuk disiapkan. Ini pun korang boleh order je melalui Lynda. Nanti, kita set penghantaran. Ada pelbagai pilihan kek macam kek Unicorn, Kek Upin Ipin, Kek Boboiboy, Kek Elsa Frozen dan lain-lain. 

Range harga adalah antara RM110.00-160.00
Kek Combo
Kadang-kadang, terasa tak tau nak pilih yang mana kan. Boleh pilih pilihan combo. Dapat rasa semua. Ada gabungan kek Devil Food Choc Cake (DFCC), Red Velvet (RV), Pandan Gula Melaka, Brownies, Congobar. Boleh buat pilihan. 

Harga antara RM40-RM90. 
 
Cheese Cake Mamasab dan Kek Pilihan MamaSab
Kalau tengok kadang-kdang video Mamasab makan cheese cake atau kek lain itu, terliur juga. Sebab kalau kata cheese cake, memang penuh dengan cheese, nutella ke, coklat ke kan. Cheese Cake atau cheesetart Mamasab yang pernah Lynda makan memang penuh dengan cheese dan tak muak. Tak manis sangat, just nice. Pilihan buah pun segar. Sebab Lynda suka makan Cheese Cake atau Cheese Tart kena ada buah. Baru blend. Eh.. hahaha.. 

Boleh pilih nak cheese cake atau cheese tart je. Atau Pandan Gula Melaka, Brownies, Devil Chocolate Cake, Congobar dan banyak lagi pilihan kek. Kalau nak tau lagi, korang WhatsApp je Lynda. Lynda bagi katalog terus siap harga.

Harga antara RM40.00-RM175.00 (bergantung size 6"-12")
 
Kek Hantaran
Di Mamasab juga ada jual kek hantaran. Yang buttercream atau fondant. Kek hantaran untuk korang yang nak buat majlis bertunang atau bernikah. Ini pun boleh order seawal 7 hari. Untuk dorang siapkan. Ini pun Lynda boleh delivery. Bergantung lokasi korang. 

Harga mengikut size antara RM110.00 - RM155.00
TEMPAH KEK ANDA
Ada macam-macam kek lagi. Tak semua Lynda share kat sini. Selain kek, Mamasab pun ada jual cookies. Itu nanti nak raya, boleh up kat sini. Tapi kalau tak raya pun ada je untuk order. Nak jadikan hadiah ke. Kalau nak buat jamuan, nak order kek yang pelbagai, boleh pilih Mamasab. Sebab pelbagai pilihan kek pun ada. Harga berpatutan. Masih dalam bajet korang. Dan Lynda boleh tolong delivery. Contact je Lynda. Nanti Lynda suggest ok. xoxo

Agent Mamasab Klang
Delivery Area : Klang / Meru/ Kapar (RM10) 
Shah Alam / Subang / Sunway /Glenmarie (RM15)
Lokasi lain (pls DM/WA)

Lynda Che Lah
Agent Mamasab Anda :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles