Assalamualaikum.
Musim durian ini, merata gambar durian dalam Facebook dan IG. Kecur liur lah juga. Dari Musang King, IOI dan macam-macam jenis durian ada. Yang ke Bentong, ke Sungkai atau mana-mana tempat bersusun buah durian.
Baru-baru ini, Lynda dapat undangan makan durian secara buffet di SS2, Petaling Jaya. Nama kedai DurianMan. Kedai besar dengan banyak tempat duduk, berhawa dingin dan lengkap dengan tandas. Selain itu, ada parking untuk kereta.
Masa pergi ni waktu makan tengah hari. Tak ramai orang. Untuk hidangan buffet, adalah RM40 seorang. Makanlah banyak mana yang mampu. Ada macam-macam jenis durian yang diberikan antaranya D24, durian kampung, durian Musang King. Tapi gred yang rendah lah kan. Tapi kalau nak makan Musang King sahaja secara buffet pun boleh. Seorang RM80. Selain tu yang Lynda tengok, DurianMan SS2 ini supply untuk kedai durian lain. Kira macam hub durian ni.
Selain makan secara buffet, boleh je beli secara timbang. Kat sini boleh duduk makan dan bawa balik. Semua lengkap. Dorang siap ada bekas untuk bawa balik dan bekas untuk bawa naik flight. Ni benda baru la juga. Tiada bau. Haha. Ntah macam mana dorang pack.
Nak beli timbang, harga dah dipamerkan masa pilih durian. Harga adalah mengikut pasaran semasa. Tapi yang Lynda tahu, harga Musang King dalam RM40-50 sekilo. Yang kami makan hari itu berharga RM40 sekilo. Tapi buah semua cantik dan puas hati.
So, kalau nak rasa makan buffet durian dan dalam persekitaran selesa. Boleh ke DurianMan, SS2 Petaling Jaya. Boleh duduk makan dengan tenang. Harga berpatutan dengan pilihan durian yang banyak. Yang penting, buah cantik. Puas hati bayar.
DurianMan SS2
Lot 7680, Jalan SS2/24, SS 2,
47300 Petaling Jaya, Selangor
Facebook : DurianSS2
Lynda Che Lah