Assalamualaikum..
Lamanya tak menulis. Sejak jadi surirumah, rutin harian sama. Sediakan anak-anak ke sekolah, ambil anak balik sekolah, masak, makan, tidur. Haha..dan ulang semula. Blog kadang-kadang tengok. Buat bisnes Shaklee pun takda lah rajin sangat. Untuk kita pakai juga.
Ok nak simpan sini buat kenangan. Cerita tentang Qhalif Umar. Dah bulan Mac baru Ibu nak tulis pasal Qhalif. Kenangan pertama kali Qhalif masuk sekolah. Qhalif tiada pengalaman masuk tadika atau pusat asuhan. So, debaran Ibu Ayah memang lebih.
Qhalif, kami daftarkan untuk Pra Sekolah. Usia 5 tahun. Alhamdulillah dapat. Dan jarak pun tak jauh. Januari 2019, Alhamdulillah semua dipermudahkan. Masa orientasi pun mudah. Ingat dia akan nangis ke apa kan. Maklum takda pengalaman. Tapi syukur. Dia ok. Mungkin sebab seronok jumpa ramai orang.Qhalif senang bangun pagi. Semangat dia kuat sikitlah daripada Abang. Hehe. Abang manja lebih. Selalu yang bangun dulu Qhalif, sebab dia nak jadi yang pertama mandi. Lepas tu siap. Kadang dia yang membebel abang lambat. Dia nak sampai sekolah cepat. Tapi ada juga hari, mood penat tu. Bangun pagi dia menangis. Samada letih atau tak cukup tidur. Tapi pujuk elok-elok oklah dia.
Kalau balik sekolah, memang tanya dia belajar apa, makan apa. Siapa kena marah hari ni, nakal ke tak. Cuma nak dia bercerita dari apa dia dapat sepanjang waktu sekolah. Qhalif pun rajin buat kerja sekolah kalau cikgu bagi. Balik sekolah terus buat. Semoga terus rajin lah macam tu. Tapi satu, balik sekolah kena ambil on time. Kalau tak dia menangis ingat kena tinggal kat sekolah. Pelik kan. Orang pergi sekolah nangis. Dia balik sekolah yang nangis. Hahaha..
Setakat ni, pandai dah ABC tu. 123 dan huruf jawi. Sebab kebetulan di rumah pun mengaji. Ni dah pandai baca doa masuk tandas. Setiap kali masuk tandas baca doa. Kadang-kadang dia tanya, Ibu Ayah dah baca doa ke tu masuk tandas. Haha.. Baguslah kan. Ada yang ingatkan. Anak-anaklah cermin hidup kita. Kalau kita lupa, merekalah yang ingatkan. Tu sebab kena ajar dan berperilaku baik depan mereka. Sebab apa kita buat dia ikut. Semoga istiqomah dan jadi lebih baik.
Dan yang nak mohon pra sekolah tu dah mohon ke? Jangan lupa juga daftar Darjah 1 kalau lahir tahun 2013-2014. Jangan lambat tau. Last memang hujung April. Lynda dah siap dokumen, tinggal nak hantar ke sekolah je. xoxo
Lynda Che Lah