Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Kenapa Saya Berhenti Kerja Kerajaan.

$
0
0
Assalamualaikum...

Kenapa saya berhenti kerja kerajaan? Kan secure, kan senang kerja kerajaan. Tak semudah disangka. Kerja kerajaan ni macam-macam prosedur. Sebab tertakluk pada pekeliling, AP dan lain-lain perintah am. Tapi company biasa pun ada prosedur dan semua orang kena ikut peraturan. 

Sy seorg yang sgt menjaga hati org lain. Walaupun sebenarnya hati sy disiat-siat. Tanya org sekeliling sy, pernah tak sakit hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut sy? Setahu sy takde. Kalau ada yang terasa, mohon PM sy. 

Kenapa sy berhenti kerja? Sebab ada bisnes? Sebab dapat keje lain? Sebab suami suruh? Tak! Saya berhenti kerja demi hati saya. Ye, ikut hati tak boleh bayar hutang, tak boleh beli makanan. Tapi kenapa saya nekad berhenti? Sebab sy menjaga hati org yang sy syg. Sy jaga hati suami sy yang sedih tgk sy depress. Tgk sy sedih. Tgk sy mcm org gila. Tetiba menangis, tetiba berborak mcm takde apa.
DEPRESSION IS REAL!
Depression is real. Kenapa depress? Sebab kena marah sikit? Sebab buat keje salah? Sebab buat keje tak kemas? Sebab org lain punya salah sy kena tanggung? Sy keje bukan baru ni bertatih. Bukan baru tahun lepas. Sy keje dah lebih 12 tahun. Sy pernah keje dgn company Cina, Jepun. Selama sy keje ada bad record ke? Kena marah,lari? Keje berlambak berenti keje? Tak. Semua sebab sy tau, keje kena betul2. 

10 tahun di company yg sama. 2 kali je bertukar tempat. Bertukar bos tak payah ckp. Tapi selama 10 tahun, tiada appreciation. Sy bukan nak APC pun. Sebab pd sy APC bukan appreciation. Ko tak manis muka ngan bos, mmg jgn harap dapat. Ko kena pandai puji bos hensem la, tudung bos lawa lah hari ni. Yes, this is reality. Sorry, ada yang mmg layak dpt APC tu sbb dia buat keje bagus tp kebanyakan sbb bos suka. Tp appreciation is, say TQ. Simple. Appreciate apa sy cuba buat utk company.

Kalau sape yang kenal sy, sy bukan acik bawang nak sibuk cite dan jaja hal org. Sy tak peduli apa nak jadi dgn org. Sy tak peduli juga dia skandal siapa, dia kawin ngan sape. Mmg sy tak kenal org,tu sbb org tak kenal sy. Sombong? Terpulang. Sapa yang kenal sy boleh nilai. Tp sy tak peduli org nilai sy apa pun.

So, sy berhenti sbb depress. Sy taknak jadi mcm seorg yang sy kenal, depress teruk smpi makan ubat. Sampai doktor kata dia gila. Seriously? Dan org sekeliling pun ingat dia gila. Tapi yang kita taktau, betapa dia cuba bertahan, berperang dgn emosi sendiri. Betapa di saat dia perlukan sokongan, tiada siapa yang nak bantu dia. Di saat dia dimaki hamun, tiada siapa juga peduli.

Sy hampir lalui apa yang dia lalui. Slps dia dah jadi begitu, sy pula mungkin jadi seperti dia. Ada yang berbunyi, ai... baru sikit dah surrender? Ye. Semoga awak juga akan rasa yang sedikit itu 1 hari nanti. Utk awak tahu apa rasanya. 

KERJA DENGAN IKHLAS, LILLAHI TAALA
Sy seorang yang boleh berdikari. Boleh buat keje tanpa disuruh. Boleh siapkan keje dlm keadaan kelam kabut pun. Apa yg tercatat dalam resume. Ye, itu sy. Sy boleh bertahan dgn mulut bos mcm bertih jagung potpet sana sini. Tp akhirnya, sy ambil langkah berundur demi hati sy.

Sy ada plan dlm hidup sy. Apa sy nak capai dlm 5 tahun, dalam 10 tahun. Semua yg sy plan utk 10 tahun terdahulu dah tercapai. So, sy sedang pandang ke depan utk 10 tahun akan datang. Tapi mcm mana sy nak jadikan impian tu jadi nyata, kalau sy sedih, sy bimbang, dan sy tak suka keadaan sy. Jadi, berhenti keje dan terus jd positif. Tiada backup plan. Tp keadaan famili sy, suami sy. Kesian dia. Pening. Tp kegembiraan sy, hati sy adalah yang paling penting utk dia. Itulah sebenarnya relationship goals.

Tak payah bg suggestion suh sy buat apa. Jual inilah, jual itulah. Join inilah, itulah. Keje kat sinilah,sanalah. TQ so much but I’ll find a way. Hutang masih ada yang perlu dibayar. Takkan sy nak dok saje tunggu rezeki Allah bagi. Memang Allah dah tentukan tapi kita kena usaha. Alhamdulillah setakat ni cukup. Insha allah. Tp kena usaha lg. 

SAYANG DIRI SENDIRI DULU
Tapi pls, kalau DEPRESS, cr jalan keluar. Jangan biarkan diri terus depress. Sebelum syg org lain, pls sayang diri sendiri dulu. Sy tak boleh terus hadap org psiko. Kejap kang marah org lain, kejap tak smpi seminit gelak ngan org lain. Dia dah mmg gila tetiba ngan sy sekali ikut gila. Elok tak psiko, jadi psiko pula. 
.
TQ kpd yg doa baik-baik. Ada je nak tau kenapa sy berhenti. Ada juga cakap-cakap nakal dikongsi sebelum sy berhenti. Sy bukan sesapa pun. Tapi macam-macam versi sy dgr. Gelak pun ada sbb ada yg ingat suami sy somebody. Aminnnn. Mana tau kan 1 hari nanti. Terus doa yg baik2. 

MOVE ON
Sy akan move on. Cuma buat sementara, sy nak rehat kat rumah, nak luang masa dengan anak-anak. Dan dorang sebenarnya amat seronok sy ada di rumah. Rumah masih tak kemas macam jadi luar biasa. Tapi sy ada di rumah. Mana tau nanti Allah tentukan rezeki di tempat lain, takda masa pula nak urus rumah dan anak-anak. Semoga kekuatan sy kembali dan dipermudahkan. xoxo

Lynda Che Lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles