Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Bercuti Ke Krabi ~ Penginapan Mewah di Alisea Pool Villa

$
0
0
Assalamualaikum..
Belek-belek album Krabi, aduhai..banyaknya nak cerita. So, memang kena buat begini. Cerita satu persatu. Lagipun, nak cipta kenangan untuk anak-anak. Satu hari nanti dorang baca blog Ibu, akan ingat, memang Ibu Ayah ada bawa kami ke sini. Insha Allah.

Percutian Krabi bukanlah percutian mewah pun. Sebab bajet yang kami anggarkan hanya sekitar RM2000 sahaja tidak termasuk tiket penerbangan. Tiket penerbangan memang boleh dapat murah. So, korang boleh plan dan jimat kat tiket. 

Trip Krabi ini memang untuk berehat selepas kami suami isteri tak berhenti kerja kadang Sabtu Ahad pun ke pejabat. Kira reward juga untuk diri sendiri. Dan ajaibnya, sampai di Krabi, memang lupa semua hal kerja, dan kami berehat sepenuhnya. Jadi sebagai reward, kami pilih Alisea Pool Villa, Ao Nang.

Sebelum ke Krabi, ada juga tengok-tengok resort lain di Malaysia. Tapi memandangkan musim cuti sambung masa tu, semua resort fully booked dan harga tak masuk akal. Untuk resort 4 bintang, dengan 2 single bed atau 1 King Size Bed pun boleh cecah harga RM400 semalam.. Bayangkan kalau dah fully booked, macam mana dengan kolam renang? Bukan berlagak ye, tapi ni kenyataan. Lynda tengok-tengok resort dan private villa di Krabi. Harganya memang mengejutkan dan dalam bajet.

Sebelum buat pilihan, kena decide. Pergi Krabi nak buat aktiviti ke atau nak rehat tenangkan minda dan terapi? Kalau nak rehat, nak makan dan tenangkan minda, pilihlah resort yang best dan selesa untuk kita duduk berkurung dalam resort. Kalau korang ada plan nak buat aktiviti dan pusing Krabi, boleh pertimbangkan hotel biasa di sekitar pantai Ao Nang.

Pilihan kali ni, sebuah villa dengan kolam renang sendiri, 3 bilik tidur, ada dapur dan ruang tamu yang mana memang privasi dan memang lupa semua masalah. Kami bermalam di Alisea Pool Villa, Ao Nang. Rumah idaman. Tak dapat buat dapat duduk pun dah ok kan...hehehe

ALISEA POOL VILLA, AO NANG
HARGA ALISEA POOL VILLA
Damai kan. Ada privasi, nak mandi kolam renang dari pagi sampai tengah hari lepas tu sambung balik. Malam pun boleh. Takda siapa halang. Dan memang minda bebas di sini. Namapun bercuti kan. Untuk sebuah villa 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta kolam renang peribadi, Lynda bayar 3150 Baht semalam. Iaitu lebih kurang RM350 semalam. Kami menginap 2 malam dan check in awal dalam jam 10.00 pagi. Check out juga ikut suka tapi beritahu dulu kat reception. Berbaloi tak? Kan.......

Villa ni terletak di kawasan pendalaman Krabi. Takdalah pendalaman sangat. Jarak dengan motosikal untuk ke Ao Nang Beach cuma dalam 10 minit. Tapi enjoy sebab jalan tepi laut. Tenang!

KEMUDAHAN ALISEA POOL VILLA
Bilik tidur utama ada katil size King, wardrobe lengkap dengan LCD TV, safe box, selipar, jubah mandi, tuala, seterika, penyaman udara dan bilik air yang luas dengan jacuzi. Jacuzi tak sempat merasa tapi anak-anak yang sambung mandi dalam tu. 

Bilik tidur kedua ada katil size queen, wardrobe, penyaman udara dan bilik air dengan pancuran. Ini untuk anak-anak. Dorang ada bilik sendiri dah seronok sangat. Memang kena tempah hotel yang ada bilik dorang.


Ruang tamu dilengkapi sofa dan TV LCD. Setiap malam berkumpul kat sini tengok Youtube atau movie. Sebab TV Thailand, siaran Fox Movies pun dorang mute kan. Beli HDMI Cable sambung kat TV. Jadi, kami memang malam tak keluar jadi semua duduk depan ni dan layan movie. Wifi tiptop. Takda komplen langsung.

Ruang dapur yang luas siap microwave untuk panaskan makanan, peti ais, peralatan untuk makan minum dan dapur serta peralatan untuk memasak. Ye, boleh masak. Masa Noi (penyambut tetamu) terangkan, Lynda siap tanya betul ke boleh masak? Tapi tidaklah kita nak masak kan.. Beli je siap. Coffee maker dia pun jenis yang buat boleh keluar latte, cappucino. Pun tak pakai..hehe..

Untuk villa ni memang nak bagi 5 bintang terus. Dari awal datang sampai rasa taknak balik. Kami hanya keluar untuk makan dan tapau di Ao Nang Beach. Lepas tu duduk dekat villa. Berbaloi dan puas hati. Keluar masuk kolam renang dan layan cuaca cantik sambil minum petang. 

TUK TUK SHUTTLE
Kebanyakan shuttle pakai Tuk Tuk je. Sebab dekat-dekat pun nak pergi. Jadi kami tak payah ambil teksi atau Grab sebab kemudahan ni dah ada kat hotel. Kena tengok jadual shuttle dan booking sejam awal. Balik pun macam tu. 
SEWA MOTOSIKAL DI AO NANG
Selain naik shuttle hotel, kami sewa motosikal. Sebab nak jalan sepanjang pantai Ao Nang tu jauh juga. Anak-anak lah tak larat. Banyak je kedai untuk sewa motosikal di sekitar pantai. Kami sewa sehari 200Baht. Isi minyak sendiri minimum 50Baht. Masa ni bersyukur minyak Malaysia murah....ehhhh....

Terima kasih Alisea Pool Villa. Insha Allah akan datang lagi. Mungkin tahun depan...hahaha.. Semua bergantung pada perancangan. Mana yang berbaloi untuk bajet korang, teruskan. Tapi kami jenis leisure traveller. No shopping, no hunting. No agent. No activities. Tapi, tolong research. Rajinkan diri baca dan kaji. Pilih jugalah nak buat apa. Sebab bercuti maknanya nak rehat. Taknak rushing buat macam-macam benda 1 hari. Lain kali ada rezeki kita buat aktiviti lain...Doakan murah rezeki. Untuk korang juga..xoxo

Lynda Che Lah








Viewing all articles
Browse latest Browse all 159

Trending Articles