Assalamualaikum...
Tengok tajuk pun dah tahu, sebenarnya percutian ke Krabi 2018 baru-baru ni tidak dirancang. Yang dirancang adalah, kami ambil cuti sambung tu dan berfikir nak bawa anak jalan-jalan. Lepas tu, rancangan awal nak ke Hatyai je. Nak naik kereta.
Jadi, tiada perancangan rapi. Semuanya bermula lepas perancangan ke Hatyai bertukar lepas buat carian di Google. Dah lama juga Lynda buat research pasal bawa kereta ke Thailand. Tapi sebab kami suami isteri sibuk dengan kerja, tak sempat nak bincang. Hari terakhir lepas kerja tu baru suami isteri pakat duduk berbincang.
Banyak nak diuruskan sebelum boleh bawa kereta ke Thailand. Bukan boleh main redah je. Jadi senang cerita, takde persediaan. Kebetulan Sabtu cuti pertama tu dah ada plan ke Dash Box Hotel. Masa kemas-kemas tu masih belum buat keputusan. Sebelum bertolak, baru kami decide, ke Krabi dengan kapal terbang.
Cabaran bermula masa ni. Haha...Banyak ranjau dan liku sebenarnya. So, kita akan cerita dari mula sampai balik ke Malaysia. Untuk kenang-kenangan dan pengalaman.
TIKET AIR ASIA
Waktu ni, Air Asia tengah buat tiket murah untuk flight tahun depan. So, masa ni baru nak cari tiket. Yang dapat untuk tarikh pergi pada 11 Sept dan balik pada 14 Sept adalah berjumlah RM1500++. Ini harga untuk 4 orang. Itupun flight pagi Subuh pergi dan pagi Subuh balik..Tiket yang murah berharga RM98 seorang pergi adalah pada tarikh selepas 17 Sept. So, takkan nak cuti balik kan? Pejam mata beli.. So, untuk korang yang ada plan nak ke Krabi, tolong tengok tiket awal sebab boleh dapat serendah RM79 seorang. Banyak jimat.
HOTEL PENGINAPAN DI KRABI
Lynda suka cari hotel di Booking.com sebab biasanya kat Booking.com tak perlu bayar terus. Boleh pilih bayar di hotel terus. TAPI lepas pilih hotel, sila cari website rasmi hotel tu dan buat call untuk confirmkan hotel tu memang wujud. Sebab kadang-kadang ada je orang tak jujur yang iklankan di Booking.com ni.
PASSPORT
Pastikan passport korang hidup. Lagi 6 bulan nak mati tu kira tak hidup ye. Sebab Imigresen Thailand sangat strict. Kami anak beranak kecuali Encik Hubby takda passport. Dan kebetulan cuti umum..Ni kena buat entri khas. Gigih wei...
DUIT BATH
Yang penting nak ke Krabi adalah tukar duit Bath. Tapi duit Baht dah naik harga. Kami tukar hari tu RM10 bersamaan dengan 128 Bath. Tak macam dulu sama. Kami tukar di Money Changer sebelah restoren Syed kat Seksyen 3.
BAJET KE KRABI
Ini adalah umum. Sebab bajet masing-masing takkan sama. Kami bajet hari tu cuma RM2000. Bila ditukar ke Baht cuma dapat 15,000 Baht. Bajet terpulang apa korang buat. So, selidik dulu. Bawa duit RM ke Krabi in case korang perlukan duit lagi. Pecahan bajet adalah:
- Makan - 1000baht (sehari) x 3 hari = 3000 Baht
- Hotel - 9000 Baht
- Aktiviti (elephant trekking) - 1100 Baht
- Grab/sewa motor/etc - 200 Baht
- Simcard Thailand - 300 Bath
- Souvenir/lain-lain - 1600 Bath
LUGGAGE
Masa beli tiket flight, untuk pergi, Lynda tak beli luggage. Berdasarkan pengalaman, sila beli luggage untuk balik. Sebab memang korang rasa takde beli barang. Tapi Imigresen Thailand banyak songeh juga. Dia suka-suka boleh suruh kita check in luggage. Contoh beli pencuci muka kat Krabi, dia tengok lebih liter, dia suh check in. Ni nasib ye.
IMIGRESEN THAILAND
Ramai je orang share, Imigresen Thailand sangat strict. Tak boleh ambil gambar di airport masa beratur Imi dan JANGAN pegang phone langsung. Dia boleh nampak korang buat apa. Masa sampai, kena check sorang-sorang passport.
Dalam flight korang akan dapat borang ketibaan dan pelepasan. Jangan lupa bawa pen. Sebab kalau korang takde pen dah satu hal nak meminjam jiran depan tepi kiri kanan. Sila isi dengan lengkap. Tempat tinggal di Krabi pun kena isi nama hotel. Ni kalau tak, kena jerit kat kaunter lepas tu dia suruh korang ke tepi.
Borang pelepasan balik, dia akan selit dalam passport. Tolong check. Ambil dan simpan sehingga korang balik. Takut cicir kalau kita selalu keluarkan passport untuk urusan lain.
Lepas selesai dia check passport korang, sila beransur pergi. Sini takda istilah tunggu kawan, tunggu suami. Jalan je tanpa pandang belakang. Memang dorang perhati.
Masa balik, dorang akan punggah beg yang kita dah kemas cantik kalau dia nampak benda tak puas hati. So, kalau nak balik tu, sila datang awal ke airport sebab takut kandas lama kat Imi. Lepas dia punggah beg korang dan puas hati. Sila kemas dengan segera.. Tak semua orang kena ni. Kami antara yang kena. Semua sebab kes, bawa balik pistol air anak-anak.. Huru hara kejap. Lepas tu, liquid mcm pencuci muka semua dia nak check juga. Kalau ok lepas, kalau tak check in.
SIMCARD THAILAND
Ni boleh dapat kat airport. Ada banyak pilihan. Kami hari tu beli unlimited data untuk 8 hari dengan 20 minit masa panggilan. 300 Baht. Dan seriously, data memang unlimited. Qoid ngan Qhalif streaming Youtube, iFlix tanpa masalah. Ni terpulang kalau korang perlu. Lynda perlu untuk call hotel. Dan TV Thailand, memang semuanya bahasa Thai. Kalau anak tengok kartun pun cakap Thai. Terpulang ye.
UNIVERSAL ADAPTER
Soket kat Thailand berlainan. Dia ada 2 lubang je dan tiada suis. Plug charging Malaysia tak boleh pakai ye. So, kena beli Universal Adapter. Ni ada je jual kat Mr. DIY tapi Lynda beli dalam flight. Ni boleh pakai untuk semua negara. Pentinglah ye kalau duduk 2-3 hari. Nak charge handfone ke. Beli dengan Air Asia RM60.
Ok, lepas ni Lynda share hotel pilihan. Antara aktiviti yang boleh buat dan lain-lain yang menarik di Krabi. Sebenarnya, dah rindu Krabi. Hatiku tertinggal di Krabi..eh....hahaha...xoxo
Lynda Che Lah